PELAJAR UNIVERSITI RAMAL BN MENANG BESAR.

image

Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang. Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Advertisements
By cikzah

DAP SASAR PECAHKAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU.

image

Pembangkang semakin terdesak sehingga Dap terpaksa memujuk akan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz untuk menyertai parti itu.

Dap tahu bahawa raja-raja Melayu merupakan payung kepada kedaulatan bangsa ini dan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu samada dalam ruang lingkup sosial, budaya mahupun politik.

Orang Melayu dan raja-raja Melayu sememangnya tidak boleh dipisahkan bagaikan irama dan lagu.

Jika berlaku tembok pemisahan maka runtuhlah institusi itu dan malaplah masa depan bangsa Melayu.

Oleh itu ‘menjaring’ seorang anak raja yang muda dan idealis seperti Tunku Zain Al-‘Abidin untuk menggangotai sebuah parti rasis dan perkauman seperti Dap boleh dianggap tangkapan besar atau ‘slam dunk’ dalam bahasa permainan bola jaring.

Inilah sebenarnya strategi Dap untuk menyucikan parti itu daripada stigma anti-Melayu dan anti-Islam yang telah melekat kepada tubuh badannya sejak ditubuhkan.

Apatah lagi jika ia berjaya memikat hati seorang anak raja untuk berdiri di atas landasan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’nya maka Dap akan mendapat pengabsahan paling besar untuk menyakinkan orang Melayu menyertai parti itu.

Dap cuba strategi yang sama terhadap Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, seorang kerabat diraja Kedah dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia namun gagal.

Sejurus menerima keahlian Tunku Aziz, beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi Dap bagi mewakili kaum Melayu dalam parti itu dan kemudiannya digula-gulakan lagi dengan lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Sebagai seorang yang bijaksana Tunku Aziz bukanlah seorang anak Melayu berdarah raja yang mudah diperbodohkan seperti mana yang diperlakukan oleh penasihat-penasihat Inggeris kepada raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka.

Sebelum terjerat lebih jauh dalam perangkap Dap, Tunku Aziz telah pun dapat menghidu penipuan dan kepalsuan parti rasis itu apabila bercakap mengenai soal orang Melayu dan Islam.

Bagi beliau, orang Melayu dalam Dap hanyalah tunggangan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng serta Karpal Singh.

Dap tidak pernah memperjuangkan nasib Melayu dan tidak akan berbuat demikian untuk selama ia wujud sebagai sebuah parti politik.

Wadah perjuangannya hanya untuk kepentingan kaum Cina semata-mata dengan tidak mempedulikan hakikat bahawa bumi yang mereka pijak adalah tanah air orang Melayu.

Walaupun Tunku Aziz meninggalkan Dap, namun Guan Eng menggunakan kaedah rasuah politik untuk mengekalkannya dalam parti itu dengan menawarkan Pengerusi Institut Pulau Pinang dengan gaji lima angka.

Semuanya ditolak mentah-mentah oleh beliau kerana selama ini Dap yang kononnys diyakini sebagai parti berbilang bangsa sebenarnya hanyalah topeng untuk menutup satu perjuangan yang ekstrem kepada perkauman Cina.

Penolakan orang Melayu terhadap perjuangannya tidak mematah semangat pemimpin Dap, dan ia sanggup berbuat apa sahaja untuk menarik minat orang Melayu.

Dap sanggup memanipulasi keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat untuk meletakkan seorang ‘Melayu celup’ menjadi wakil tunggal Melayu walaupun sebelumnya semua calon Melayu kalah teruk.

Kini pandangan mereka beralih untuk memecah belahkan institusi yang memayungi orang Melayu apabila usaha mereka untuk meretakkan bangsa Melayu sudah gagal.

Dap berharap jika seorang anak raja boleh diyakinkan untuk bertanding pada PRU13 nanti atas tiket parti itu, sudah tentu ramai orang Melayu akan terpengaruh.

Mungkin Dap berfikir strategi mereka untuk menjadikan institusi raja-raja Melayu seperti keldai mereka seperti mana yang dilakukan kepada Pas, mereka amat silap besar.

Jika orang Melayu mampu menyedarkan raja-raja Melayu supaya tidak menurunkan tandatangan mereka bagi perjanjian untuk mewujud serta mengabsahkan Malayan Union pada 1948, sudah tentu untuk menentang perancangan licik Dap tidak menjadi masalah besar.

Mungkin Tunku Zainal Al-‘Abidin sebagai seorang anak raja yang muda dan bersemangat perlu menelusuri dan mempelajari dengan lebih mendalam perihal sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan penuh kesedaran serta perasaan prihatin.

Jangan terjebak dengan permainan silap mata politik Dap yang secara luaran amat menarik hati dengan segala idealisme yang mengasyikkan jiwa dan kalbu sehingga akhirnya tersedar bahawa diri telah tertipu.

By cikzah

NAJIB’S SUCCESS IN GAZA AND DAVOS PUTS ANWAR FURTHER IN A CORNER.

image

Coming home to a hero’s welcome with no less than 10,000 Malaysians at KLIA, Prime Minister Najib Tun Razak has succeeded in putting Malaysia in the world’s map as a moderate country that loves peace and a country with plentiful opportunities for businesses. Hitting two birds with one stone – the visit to Gaza and the WEF in Davos – Najib has shown to the world that Malaysia is a country that is accommodating and tolerant while same time vibrant in its economic development. Najib’s visit to Gaza was to see by himself the situation there where the Palestinians have been under ‘inhuman onslaught’ of the Israelis and living in fear every day and night. His success in his visit has created uneasiness among the oppositions back home particularly Anwar Ibrahim who is a ‘buddy’ to Israel and same time trying to curb or prevent investments to Malaysia. Anwar has been painting a ‘black Malaysia’ to every country in the world, hoping he could ‘cruise’ he way to Putrajaya, the position he has been dreaming and having nightmares. Najib’s visit to Gaza ‘to see with his own eyes the state of being of the besieged Palestinians, and had wanted to visit both Gaza and the West Bank but was unable to do so due to the volatile political situations there. “The Israeli gave an indication that we have to recognise the state for a visit to the West Bank, but the price is too high. And Abu Mazen understood this. Our visit was purely humanitarian, nothing more nothing less,” he had said. But Anwar was quick to lie that Najib’s visit had incurred the wrath of Abu Mazen, another name for the Fatah’s leader Mahmoud Abas, an attempt to create anger among thinking Malaysians on Najib’s visit. Anwar cannot do like what Najib did because he is a ‘buddy’ of Israel and a word from him supporting Palestine will incur the wrath of his Israel master, and condemning Malaysia in the eyes of the world has apparently backfired, if viewed at the success of Najib’s performance in Davos where the world’s business circle had shown much interest in Malaysia. Anwar’s ‘jealousy and hatred’ got worse when American media played up Najib’s visit to Gaza and the overwhelming reception Najib received in Davos, contrary to Anwar’s expectation as he has all along thought Najib and Malaysia would get the ‘cold shoulder treatment from the world community’ following his (Anwar) campaign against the Prime Minister and Malaysia. And with no less than 10,000 Malaysians welcomed Najib’s return at the airport, Anwar’s feeling went down, hopes for brighter days ahead dashed as he saw Najib surrounded and cheered by the crowd. Given the success of Najib’s visit, Anwar and the oppositions are further pushed to the corner as the general election draws nearer as Malaysians, thinking Malaysians who are voters are fast abandoning the ‘purported idealism’ propagated by the oppositions.

By cikzah

PM :MEMPERKASAKAN WANITA SEBAGAI KHAZANAH NEGARA.

image

KUALA LUMPUR  –  Kerajaan bersedia melakukan perubahan terhadap undang-undang, peraturan, amalan dan pemikiran yang menghalang wanita untuk lebih maju, sesuai dengan kedudukan dan kemampuan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mengalu-alukan cadangan dan kertas kerja daripada Majlis Persatuan Wanita Kebangsaan Malaysia (NCWO) berhubung perkara itu untuk dipertimbangkan kerajaan.Beliau berkata keupayaan wanita perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum kedudukan mereka diperkasa dan langkah untuk membantu wanita berdaya saing dipertingkatkan.“Saya jamin ia tidak akan memakan masa tujuh tahun. Jika ada yang baik tak perlu kita tunggu lama,” katanya ketika berucap melancarkan jubli emas NCWO di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Presiden NCWO Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.Najib juga berkata wanita kini mempunyai pelbagai peranan sebagai ibu, isteri dan pekerja yang perlu dihargai dan ia merupakan khazanah kepada negara.Justeru, katanya, kerajaan perlu memikirkan bagaimana kepelbagaian peranan atau multi-skilling wanita itu boleh dipermudahkan.Beliau berkata walaupun penglibatan wanita dalam tenaga kerja adalah sebanyak 46 peratus, tetapi pendapatan yang diterima oleh mereka, masih di bawah RM3,000.“Wanita masih di peringkat bawah, maknanya kuantitatif itu tinggi tetapi bukan kualitatif. Jadi bagaimana wanita boleh dipertingkat dalam rantaian nilai kita untuk pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.Oleh itu, beliau juga berharap wanita dapat menguasai kemahiran yang lebih, seperti kemampuan teknologi maklumat dan inovasi supaya ia dapat memberi nilai tambah kepada majikan dan organisasi.“Sekarang ini kerajaan telah melatih ramai wanita sebagai pengarah dalam syarikat rangkaian kerajaan (GLC). Saya selalu tanya adakah ada wanita yang kita boleh lantik dalam GLC?” katanya.Malah, beliau berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam agenda pembangunan negara dan golongan itu merupakan aset yang amat penting kepada negara.“Maka kita sentiasa memikirkan bagaimana kita boleh memperkasa peranan wanita sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik,” katanya.Sementara itu, Najib turut berharap ada penambahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi memudahkan wanita yang berkerjaya dan berharap NCWO boleh menjadi badan yang boleh mengutarakan perkara itu secara berterusan. 

By cikzah

KERAJAAN BN SENTIASA SOKONG AKTIVITI BISNES.

image

SARIKEI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Malaysia sedang menuju kemuflisan.“Malah, kita ada banyak dana. Tahun lepas, contohnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri memungut RM125 bilion sebagai pendapatan negara. Ini tidak pernah dicapai sebelum ini.“Jadi, kedudukan kewangan kita sangat kukuh. Kita juga mengurus kewangan kita dengan sangat baik. Belum ada seorang pun penjawat awam yang tidak dibayar gajinya,” kata beliau ketika berucap pada majlis bertemu rakyat yang dihadiri lebih 5,000 orang di Pusat Sivik di sini.Beliau berkata tujuan Anwar menyebar pembohongan itu adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.Kata Muhyiddin dengan lebihan dana yang ada, lebih banyak program pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat, terutama dalam bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak.“Sebenarnya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada rakyat dan amat prihatin tentang kebajikan mereka, bukan seperti pembohongan yang disebar Anwar. Kami juga memberi fokus terhadap usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat, sesuatu yang kami lakukan sejak lama dulu. Kini, kami mencapai kejayaan yang amat besar dalam aspek ini,” katanya.Muhyiddin berkata tiada rakyat Malaysia yang mati akibat kebuluran, malah ramai daripada mereka obes kerana makanan terlalu banyak, hinggakan perkara ini menjadi masalah besar dalam kalangan pelajar di seluruh negara.Di peringkat nasional, kata beliau, kadar kemiskinan hanya tiga peratus, manakala di Sarawak, kadarnya hanya empat hingga lima peratus.“Kami ada program seperti e-kasih yang menyimpan data tentang kemiskinan tegar dan bentuk bantuan yang kami hulurkan kepada mereka. Terdapat kira-kira 45,000 isi rumah yang digolongkan sebagai miskin tegar.“Kejayaan e-kasih diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu kerana tidak banyak negara di dunia, malah dalam kalangan negara maju, yang melaksanakannya,” kata beliau.Muhyiddin berkata kerajaan BN akan meneruskan agenda menolong rakyat dan memastikan negara ini makmur, bersatu padu dan stabil dengan sokongan rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.“Pilihan raya umum adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk menyatakan mereka mahu ia diteruskan dan mencapai lebih banyak kejayaan.“Pilihan terletak di tangan anda. Sekali lagi, tolong beri mandat penuh anda kepada BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan pemberian geran RM45 juta untuk pembinaan Jalan Bukit Kuang-Tanjung Manis, termasuk sebuah jambatan.

By cikzah

BN YOUTH WILL CONTINUE TO ORGANISE BN YOUTH FAIR.

image

KUALA LUMPUR: The Barisan Nasional (BN) Youth will continue to organise the BN Youth Job Fair in four selected locations this year following the positive response received at every carnival previously.The chairman of the BN Youth Job Fair secretariat, Nazir Hussin Akhtar Hussin said in a statement yesterday that the job fair would be held at the Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah from Jan 31 to Feb 1.The second location would be the Dewan Millennium, Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu on Feb 22 and 23, followed by the Dewan Masyarakat Tawau, Sabah on March 2-3 and the Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur as the final fair for 2013.Employers interested in participating in the carnival can contact the secretariat by surfing the website http://www.bnyouthjobfair.my.The BN Youth Job Fair 2012 held at the PWTC last November received very good response, attracting 120,000 visitors with more than 100,000 resume received.

image

image

By cikzah

BALU PAHLAWAN NEGARA DATUK KANANG TERHARU DENGAN KUNJUNGAN TPM.

image

KUCHING – Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan betapa tersentuhnya perasaan Datin Brawang Chunggat, balu wira negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarganya di sini.Muhyiddin, yang mempunyai jadual ketat dalam rangka lawatan tiga harinya ke Sarawak, meluangkan kira-kira 20 minit di rumah Brawang di Kampung Sungai Apong Baru, Pending.”Saya sungguh gembira dan amat bersyukur kerana beliau (Muhyiddin) sudi datang menziarahi keluarga saya untuk menawarkan bantuan serta memberi kata-kata semangat,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan Muhyiddin itu.Kanang – wira kebanggaan negara yang merupakan satu-satunya penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah tertinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan, dan pingat Panglima Gagah Berani (PG) – kerana keberaniannya, terutama dalam menentang komunis – meninggal dunia pada 3 Januari tahun ini dipercayai akibat sakit jantung.Beliau berusia 68 tahun. Brawang berkata, Muhyiddin mendengar dengan teliti permohonannya untuk mendapatkan bantuan kerajaan, termasuk sebuah rumah dan elaun bulanan bagi menyara keluarganya dan Muhyiddin berjanji perkara itu akan diteliti pihak berkuasa berkenaan.Kata Brawang, suaminya, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja, menerima pencen dan elaun bagi dua pingat keberanian yang diterimanya.Sambil menyatakan beliau masih belum bersedia sepenuhnya dari segi mental dan kewangan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa kehadiran suaminya, Brawang berkata beliau berharap kerajaan akan bersimpati dengan nasib yang menimpanya.Semasa kunjungan itu, Muhyiddin juga berbual-bual dengan anak Brawang, termasuk anak bungsu lelakinya Harrison Ketit, 16, pelajar Sekolah Vokasional Batu Lintang di sini, yang kelihatan gembira apabila menerima pemberian sebuah komputer riba daripada Muhyiddin untuk membantunya mengikuti pelajaran.Brawang kemudian menghadiahkan Muhyiddin sebilah parang tradisional kaum Iban “parang ilang,” sebagai tanda terima kasih keluarganya kepada Timbalan Perdana Menteri kerana sudi menziarahi mereka.Antara orang kenamaan yang mengiringi Muhyiddin dalam kunjungan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing dan Pengerusi Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan.Turut hadir Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Panglima Briged Ketiga Infantri, Brigedal Jeneral Datuk Redzuan Baharuddin dan Panglima Brig Kesembilan Infantri, Brigedal Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

By cikzah

STATE BN LEADERS BRIEF DPM ON ELECTION PREPARATION.

image

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also deputy Barisan Nasional (BN) chairman was briefed by leaders of the four state BN component parties here last night on their level of preparedness for the next parliamentary polls (or GE13).The secretary-general of each of the four parties gave the deputy BN chairman the latest update on their GE13 preparationwhile the party presidents responded to queries from Muhyiddin.The dinner meeting with Muhyiddin was held at the PBB headquarters in Jalan Bako here.There was no discussion on seats and candidates during the discussions as it was focused on how the state BN would tackle issues faced by them in all parliamentary seats.The four state BN parties are Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).Presently the state BN holds 29 of the 31 parliamentary seats with the other two, namely Bandar Kuching and Sibu being represented by DAP.Of the total, PBB was allocated 14 seats followed by SUPP (seven), PRS (six) and SPDP (four).Present at the meeting were state BN chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud who is also PBB president; SUPP president Dato Sri Peter Chin; PRS president an Tan Sri Dr James Jemut Masing and SPDP president Tan Sri William Mawan Ikom.UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan also attended the meeting.Muhyiddin is in town for three days starting yesterday for his walkabout at various places here apart from meeting State BN leaders.

By cikzah

MUHYIDDIN PUASHATI DENGAN PERSEDIAAN BN SARAWAK.

image

KUCHING — Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri jamuan malam serta mengadakan taklimat persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri sejurus tiba untuk lawatan kerja tiga hari ke Sarawak.Timbalan Perdana Menteri itu mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, di sini.Perjumpaan tersebut disertai Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN dan Presiden PBB, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing.Di Sarawak, pilihan raya umum akan datang hanya melibatkan 31 kerusi Parlimen dan tidak kerusi Dewan Undangan Negeri kerana pilihan raya negeri itu telah diadakan pada 16 April 2011.BN negeri mempunyai 29 kerusi, termasuk PBB 14, SUPP lima, SPDP empat kerusi dan PRS enam kerusi manakala parti pembangkang DAP menguasai dua kerusi iaitu Bandar Kuching dan Sibu.Pada Isnin, Muhyiddin akan melawat ahli keluarga mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau di Kampung Sungai Apong Baru, di sini sebelum menghadiri majlis santai bersama penduduk Kampung Sungai Apong Baru di Dewan Masyarakat kampung berkenaan.Beliau kemudiannya dijadual merasmikan Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Petra Jaya, sebuah projek kerajaan persekutuan bernilai RM46.6 juta yang kini dibawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).Timbalan Perdana Menteri juga akan menemui penjawat awam negeri dan persekutuan di sebuah hotel di sini sebelum menghadiri majlis himpunan dan santai bersama belia di Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC).Pada sebelah malamnya, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BBN, akan menghadiri majlis himpunan rakyat 1Malaysia di Pekan lama Siniawan di Bau, dekat sini.Pada Selasa, Muhyiddin akan melakukan tinjauan mesra dan bersarapan pagi dengan usahawan dan pemimpin komuniti perniagaan Cina di RH Plaza, Jalan Stutong, Kuching sebelum ke Sibu untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Suarah, Sarikei.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, akan menghadiri majlis perhimpunan Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart di Sibu, majlis terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur petang yang sama.

By cikzah

MORE THAN 10,000 GREET PM ON HIS RETURN.

More than 10,000 Malaysians of all races thronged the Bunga Raya Complex at the Kuala Lumpur (KLIA) International Airport to greet Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on his return from abroad today.Najib, who was accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, arrived at the complex at 11.05am.The crowd had gathered to show their support to the Prime Minister for making a humanitarian visit to Gaza, Palestine, before he attended the 2013 World Economic Forum in Davos, Switzerland.Among the VIPs present to greet them were Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Minister in the Prime Minister’s Department and Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Human Resource Minister and MIC deputy president Datuk Seri Dr S. Subramaniam and Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar.Others included Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department and Umno information chief Datuk Ahmad Maslan, Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Maglin Dennis D’Cruz, People’s Progressive Party (PPP) president Datuk Seri M. Kayveas, Barisan Nasional secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor and Wanita Umno head Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.The crowd made up of people of all walks of life also carried posters and banners captioned among others “Selamat Pulang Pejuang Umat” (Welcome Home the People’s Champion), “PM Wira Negara” (PM Our Hero), “We Are Proud To Have A Brave PM” and “We Love PM”.Addressing the crowd, Najib said he was deeply touched by the unexpected welcome and lauded it as it showed Malaysian’s unwavering commitment to the Palestinian cause.He said he took the decision to visit Gaza to see for himself the plight of the people living there and also to convey the support of the people of Malaysia for their cause to be free.”We have extended aid, our NGOs (non-governmental organisations) have been to Gaza (to lend a helping hand), but (prior to this) we have not been to Palestine in the name of the Government of Malaysia, the people of Malaysia and the Barisan Nasional,” he said.Najib said although his visit was very brief, he did manage to move around Gaza which is densely populated and its residents living in difficult conditions and see for himself the destruction wrought by Israeli bombing, among others destroyed mosques, government buildings and stadiums, all not having any military significance.He said the attacks had the sole aim of increasing Israeli oppression of the Palestinians and break their spirit, and that he went there to convey the message that they were not alone in their struggle.”There are some (people) who say we should do all we can to guarantee the security of Israel, but for us, the people of Malaysia, the Barisan Nasional, the government, what we place importance is that Palestinians must get fundamental rights and sovereignty and their security assured,” he said.Najib also said a unity government between Hamas (which controls Gaza) dan Fatah (which controls the West Bank) was important to ensure their struggle (for Palestinian statehood) was not in vain.”Remember that the cornerstone of everything is unity, unity is very important. The lesson to us in Malaysia is also the same, unity is the pillar to everything.”We can give moral, financial and political support, but ultimately Palestinians must take steps towards unity. The message that I conveyed to them is that the people of Malaysia are fighters who will always stand firmly behind the Palestinians in their struggle,” he said.Gaza which has a population about 1.7 million is only half the size of Perlis.Najib, who is the first prime minister of Malaysia to have made an official visit to Gaza, was also conferred an honorary doctorate by the University of Al-Aqsa for his support to the Palestinian cause.

image

image

By cikzah