AGI IDUP AGI NGELABAN HARUS JADI PEMBAKAR SEMANGAT-DATO FADILAH YUSOF

KUCHING: Semangat juang ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ wira negara, mendiang Temenggung Datuk Kanang Langkau patut menjadi pembakar semangat masyarakat khususnya generasi muda masa kini.Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, ia untuk meneruskan perjuangan pada masa kini, walaupun bukan dalam keadaan peperangan.“Namun, kita sebenarnya dalam keadaan berjuang untuk memastikan negara kita terus maju, semangat kemerdekaan itu dipelihara dan perpaduan melalui pertumpahan darah perjuangan mereka yang terdahulu harus menjadi pegangan.“Sebab wira kita ini berjuang mempertahankan negara tanpa mengira latar belakang agama dan kaum, malah perjuangan mereka ini memberikan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pembe

image

rita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, semangat itu juga harus dipupuk di kalangan generasi muda agar menjadi bekalan pada masa akan datang.“Ini adalah harapan saya khususnya kepada generasi pemuda dan pejuang-pejuang Pemuda khususnya BN untuk menyemarakkan semangat juang ini di kalangan anak-anak Sarawak,” tegas Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.Beliau menyifatkan Kanang bukan sahaja telah membuktikan semangat juang mempertahankan negara daripada komunis tetapi paling penting semangat yang ada pada wira kebanggaan negara itu.Hari ini, mayat mendiang akan dibawa ke Dewan Suarah Kuching dari Kem Bukavu Penrissen dan antara tetamu kehormat yang dijangka memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada jam 10.30 pagi.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s