TPM TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERCADANG MENAIKKAN JUMLAH BRIM DARI 500-1,000.

SLIM RIVER – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang menaikkan jumlah RM500 kepada RM1,000 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat yang berkelayakan.Menurutnya, pemberian tersebut adalah untuk menjamin supaya golongan berpendapatan rendah tidak rasa tertekan akibat kenaikan harga barang.”Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya,” katanya seperti yang dipetik dalam dua akhbar Cina, China Press dan Sin Chew Jit Poh pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), malam kelmarin.Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan parti BN negeri.Selain menaikkan jumlah pemberian, katanya, kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.Di bawah BR1M, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion dan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah di seluruh negara yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 termasuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250.

image

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s