NAJIB AKAN LETAK JAWATAN- MAKAYSIA CHRONICLE.

image

Salah satu daripada artikel yang disiarkan oleh Malaysia Chronicle (MC) pada 7 Januari 2013 bertajuk: ‘New PM for Malaysia – Najib to be forced to step down on health reasons’ (PM Baru Untuk Malaysia – Najib Terpaksa Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan), semestinya menggembirakan sesetengah pihak. Menurut artikel tersebut, Perdana Menteri telah jatuh sakit dan tidak keluar untuk sebarang acara selama dua minggu, kemungkinan disebabkan oleh tekanan yang disebabkan oleh kemunculan Deepak Jaikishan, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. MC juga melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir kini sedang berusaha untuk menaikkan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih tugas Perdana Menteri. Khabar angin yang disebarkan oleh MC itu juga merupakan sambungan dari kisah yang dikeluarkan oleh media tersebut berkenaan dengan insiden dimana PM diserang angin ahmar. Bagaimanapun, pada 8 Januari yang lalu, Perdana Menteri menjalankan tugas beliau seperti biasa dimana beliau telah melancarkan Bursa Dagangan dan Sukuk. Beliau juga mampu ‘menyembunyikan penyakit’ beliau sepanjang acara tersebut. PM juga telah menghadiri himpunan bulanan di Jabatan Perdana Menteri pada hari berikutnya tanpa menunjukkan sebarang tanda bahawa beliau sedang sakit. Dan hari ini, kita dapat lihat PM menghadiri Persidangan Transformasi Perundangan tanpa sebarang masalah. Jadi, untuk menjustifikasikan artikel tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh diambil. Samada PM dengan ajaibnya sembuh dari penyakit yang amat serius seperti yang didakwa oleh MC, atau, beliau tidak sakit langsung. Dalam erti lain, dakwaan yang dibuat oleh MC hanyalah rekaan semata-mata, atau, media yang mempunyai kaitan dengan Singapura dan juga pihak pembangkang, Tian Chua terutamanya, mempunyai agenda mereka tersendiri. Menimbulkan huru-hara kelihatan seperti ‘pelan terbesar’ bagi puak pembangkang, dan ketua mereka. Walaupun jarang didengar, misi-misi seperti menghasut rakyat supaya membenci kerajaan, menanam semangat perkauman dan membuat rakyat percaya bahawa mereka ditindas oleh kerajaan walaupun sebenarnya mereka hidup serba mewah telah lama dijalankan, seawal zaman 60-an sepertimana yang didedahkan oleh bekas pegawai CIA seperti Philip Agee, Michael Scheuer dan ramai lagi. Objektif bagi misi-misi ini adalah untuk mengawal sumber-sumber utama negara yang ingin ditakluk bagi menguasai ekonomi, dan meletakkan pemimpin boneka mereka sebagai ketua negara. Salah satu daripada contoh kepada ‘eksperimen’ ini adalah Bosnia. Kita dapat lihat bagaimana Bosnia musnah akibat daripada pergaduhan antara agama, walaupun pada mulanya, negara tersebut didiami oleh rakyat yang harmoni. Bagi mereka, pihak pembangkang adalah alat yang terbaik bagi mereka untuk menjalankan misi-misi menghancurkan sesebuah negara. Dengan menggunakan media sebagai medium untuk menyampaikan ideologi mereka, segala kuasa berada dalam genggaman mereka. Dan perkara ini, dapat dilihat melalui artikel yang disiarkan oleh MC, dan juga beberapa media lain selain daripada badan-badan yang bersekutu dengan mereka. Apa yang cuba digambarkan oleh MC adalah untuk menunjukkan bahawa Tun Mahathir sebagai seorang ‘puppet master’, yang BN takut akan ‘Kebangkitan Rakyat’ yang dikuasai Anwar melalui Pakatan Rakyat. Jadi, jika MC masih mahu mempertahankan diri mereka daripada dakwaan yang mengatakan bahawa mereka adalah salah satu daripada alat yang digunakan sebagai misi pertukaran rejim, kita patut memberikan mereka penghargaan kerana menjadi satu-satunya media yang berjaya mencari isu yang bukannya isu.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s