BN TETAP PILIHAN SABAH DAN SARAWAK.

image

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Selain itu, PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat.

Populariti PM meningkat

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah.

Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya pada Wacana Pra PRU-13 yang bertajuk ‘Sabah dan Sarawak, Siapa jadi pilihan?’, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, semalam.

Peranan penting pengundi

Program anjuran bersama akhbar BH itu turut dihadiri Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan selaku ahli panel dan Pengarang Berita BH, Kadir Dikoh bertindak sebagai moderator.

Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s