SOKONGAN RAKYAT SELANGOR BERALIH KE BN.

image

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata wujud kesedaran baru di kalangan rakyat negeri Selangor berhubung sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) selepas mereka menghadapi masalah di bawah pimpinan kerajaan pembangkang.Beliau berkata ini menunjukkan BN mempunyai harapan baik untuk menebus kekalahan pada pilihan raya umum 2008.Katanya daripada laporan yang diterima, keseluruhannya sokongan rakyat kepada BN adalah baik.”Kita dah tahu laporan di peringkat bahagian, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan daripada pertemuan yang saya buat dengan beberapa pemimpin tempatan dalam majlis-majlis.”Ada satu kesedaran baru kerana mereka berhadapan dengan masalah di bawah pimpinan pakatan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat tertutup Umno dan parti komponen BN Sabak Bernam dan Sungai Besar di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.Bagaimanapun, Muhyiddin berkata ia adalah satu urusan yang agak mencabar dan tidak mahu ‘over-estimate’ berhubung sokongan rakyat kepada BN.Katanya kerajaan BN mengetahui rakyat negeri Selangor berhadapan dengan masalah membabitkan banyak perkara yang tidak dapat disempurnakan di peringkat negeri, iaitu isu tertentu yang tidak mahu ditangani oleh kerajaan negeri.”Jadi, saya percaya dalam tempoh dua tahun lepas, rakyat Selangor lebih faham dan lebih sedar bukan soal kita mempolitikkan isu tetapi banyak perkara yang mereka laksanakan tidak mengambil kira perkara yang patut mereka sempurnakan, janji yang mereka buat tidak dilaksanakan.”Saya yakin, rakyat mulai sedar tentang siapa kerajaan pembangkang yang ada pada hari ini di negeri Selangor,” katanya.Muhyiddin berkata isu air menjadi isu utama di Selangor dan tidak boleh diabaikan.”Pendirian Kerajaan Pusat jelas sejak dulu dan sehingga kini, di mana kita mahu supaya soal-soal berkaitan dengan air mesti diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya.Berhubung kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali meminta Bible versi berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dibakar, Muhyiddin berkata Ibrahim sudahpun memberi penjelasan dan polis mengetahui perkara itu.”…yang penting, jangan perbesarkan isu ini. Yang penting, sesiapa yang nak buat kenyataan, mesti mengambil kira sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s