HANYA NAJIB BOLEH UMUM SENARAI AKHIR CALON PARTI PBB.

image

Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan mempertahankan kesemua 14 kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg juga berkata persoalan sama ada ahli Parlimen dari parti itu akan dikekalkan atau berpindah kawasan juga hanya akan diumumkan oleh Najib.Pada PRU ke-12 pada 2008, PBB memenangi kesemua kerusi di 14 kawasan Parlimen iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong, Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjung Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.”Saya tidak boleh mengesahkan sama ada penyandang kerusi Parlimen dari PBB akan terus menjaga kawasan masing-masing…hanya tunggu pengumuman Najib merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan sebahagian daripada 14 ahli Parlimen tersebut di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, di sini.Mesyuarat lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga presiden parti berkenaan.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s