MASA UNTUK ORANG CINA BERALIH KEPADA BN.

Tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 12 2008 memang diakui besar impaknya sehingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang serentak penguasaan di lima buah negeri – Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Serentak dengan itu juga BN kehilangan majoriti dua pertiga manakala undi popular yang menyebelahi BN hanya kira-kira 51% sahaja dari keseluruhan jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Disingkap kembali keadaan serba mengejutkan tika itu memang menyebabkan ramai pemimpin BN terbeliak biji mata sukar mempercayainya. Kiranya SPR selaku pengendali pilihanraya benar-benar bias menyebelahi BN sebagaimana tohmahan oleh pemimpin PR, tentunya keadaan sedemikian tidak berlaku.

Mujurlah di sebalik kejutan tsunami itu tidak menyebabkan pemimpin BN patah semangat, masing-masing cuba berlapang dada bermuhasabah diri dan ternyata langkah itu tepat dalam membantu BN membuat anjakan paradigma.

Kini senario telah banyak berubah terutama sekali semenjak peralihan kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Satu demi satu transformasi dilakukan manakala segala kelemahan lalu diperbaiki dan diperbetulkan.

Lantaran itu, tidak menghairankan apabila ramai penganalisis politik serta ekonomi dalam dan luar negara menjangkakan PRU 13 kelak sudah pasti menjadi milik BN termasuklah mempunyai peluang cerah untuk BN menguasai kembali negeri-negeri yang kini dijajah oleh PR.

Biduk sudah berlalu, kiambang bertaut semula apabila trend mutakhir ini jelas menunjukkan majoriti pengundi orang Melayu Islam dan India sudah kembali mendukung perjuangan BN. Demikian halnya dengan kaum Bumiputera Bukan Melayu sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak juga semakin solid bersama BN.

Mereka sedar, undi protes yang dilakukan semasa PRU 12 dulu yang membolehkan PR memerintah di beberapa negeri jelas sekali tidak layak dijadikan contoh ikutan. Lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

PAS yang menjadi harapan PR untuk meraih sebanyak mungkin undi Melayu Islam kini semakin kehilangan sokongan. PKR pula hanya didukung segelitir sahaja pengundi Melayu Islam manakala masyarakat India juga semakin menjauhkan diri dari parti kroni anak beranak itu.

Angan-angan PR untuk memegang tampuk pemerintahan negara dan menambah koleksi pemerintahan di negeri lain semakin kelam. Semakin jauh panggang dari api.

Persoalan sekarang ke arah mana haluan pengundi Cina menjelang PRU 13 nanti? Adakah mereka akan beralih semula kepada BN seperti mana rakan-rakan lain dari kalangan masyarakat Melayu dan India yang majoritinya sudah nekad mengundi BN?

Dilihat dari perkembangan terkini memang sudah wujud sedikit sebanyak peralihan sokongan pengundi Cina dari PR kepada BN, namun masih dilihat belum cukup besar. Barangkali sebahagian besar yang lain masih teruja dengan janji manis PR, ada kemungkinan.

Atau mungkinkah para pengundi keturunan Cina sudah nekad untuk mengiakan segala propaganda PR bahawa masyarakat Cina akan terus utuh dengan pendirian untuk cuba merealisasikan hasrat PR menjajah Putrajaya? Malang sekali jika benar demikian.

Menurut kajian badan pemikir Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), jika pengundi Cina solid menyokong PR maka senario selepas PRU 13 ialah Kerajaan Pusat dikuasai sepenuhnya orang Melayu, India & Bumiputera lain, manakala DAP yang disokong pengundi Cina kekal sebagai pembangkang.

Jika senario itu menjadi realiti, masyarakat Cina diambang kerugian kerana wakilnya dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN kelak semakin mengecil. Bila itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan?

Justeru itu, para pengundi dari kalangan masyarakat Cina perlu berfikir sedalam-dalamnya kerana waktu sudah semakin suntuk. Kini masanya untuk mereka beramai-ramai beralih arah dengan kembali menyokong BN yang tentunya memberi manfaat untuk kebaikan bersama.

Advertisements
By cikzah

DATUK FADILLAH MENYANGKAL K1M TIDAK BERKUALITI.

image

KUCHING: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof menyangkal dakwaan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik 1Malaysia tidak berkualiti.Malah, katanya, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu bukan gimik pilihan raya dalam usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) meraih undi rakyat.Menurut beliau, matlamat penubuhan Klinik 1Malaysia (K1M) adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat tanpa mengira tempat dan kedudukan.Justeru, beliau berharap agar perkhidmatan itu tidak dijadikan sebagai modal untuk pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan usaha baik kerajaan.“Pada awal kewujudan K1M, banyak desas-desus yang mengatakan bahawa perkhidmatan klinik ini adalah gimik pilihan raya dan memberikan perkhidmatan yang tidak seberapa.“Tetapi yang sebenarnya, K1M adalah untuk memudahkan masyarakat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan asas tanpa perlu membuang masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan rawatan hospital pada kedudukan yang jauh.“Bagaimanapun, persepsi ke atas K1M kini telah berubah dan permintaan ke atas perkhidmatan ini semakin meningkat daripada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian K1M Taman Malihah di sini, semalam.Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat khasnya di kawasan Petra Jaya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sebuah lagi Klinik Kesihatan akan dibuka di Jalan Masjid Jamek yang akan memberikan perkhidmatan tahap dua (berserta doktor).Selain itu, sebuah hospital umum bakal dibina di sempadan antara Petra Jaya dan Santubong bagi menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah selain mengurangkan kesesakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching.Dalam pada itu, pembukaan K1M Taman Malihah merupakan yang keenam di Bahagian Kuching selain di Matang Jaya, Pantai Damai, Kota Padawan, Bintawa dan Tabuan.Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Rohani Mat Bah berkata pada masa ini, terdapat 18 buah K1M dibuka di negeri ini.Sejak diwujudkan, bilangan pesakit yang datang ke K1M menunjukkan peningkatan tinggi dengan bilangan pesakit seramai 110,032 pada tahun 2010 meningkat kepada 188, 543 pada tahun 2011 dan 225,469 orang pada tahun 2012.Antara skop perkhidmatan di klinik ini termasuk, rawatan ringan seperti demam, batuk dan selesema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, ujian makmal ringkas, menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital dan memberi khidmat nasihat serta promosi kesihatan kepada pesakit.Bagi kes-kes di luar bidang skop Penolong Pegawai Perubatan, ia akan dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau hospital, manakala bagi rawatan kecemasan, penduduk digalakkan terus ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat.K1M Taman Malihah beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM1.Turut hadir pada perasmian klinik itu semalam, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamaruddin Lajim dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.

By cikzah

BN AKAN MENANG LEBIH 160 KERUSI.

image

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN. Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain.

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil ‘tsunami’ politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula, BN menang 54 kerusi. Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi.

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘terlalu terbuka’ kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan. Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara.

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat.

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu ‘memberi pengajaran’ kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.

‘Kerosakan’ yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara ‘amaran’ paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi.

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato’ Seri Najib.

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato’ Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku.

Dato’ Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti. Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan. Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato’ Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13. Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

By cikzah

CONFIRM!!!!!ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN AKAN BAGI UNDI PADA BN.

image

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008.

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja.

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja.

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

image

By cikzah

NAJIB:MORE AID FOR PEOPLE FROM SUCCESS OF ETP.

image

The Government is promising more aid such as the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) if it gets the mandate to continue with its economic transformation programmes that have been acclaimed the world over.Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the implementation of the economic transformation programmes had not only been able to spur the country’s current economic growth but to also raise the national income.”With increased national income, the Government has been able to return it to the ‘rakyat’ through such aid as BR1M 1, BR1M 2.0 and BR1M 3.0,” he said to a crowd of more than 10,000 attending the Johor-level Chinese New Year celebration, here, Tuesday.Najib, who is also Umno president and Barisan Nasional (BN) chairman, said if the people wanted the beneficial national economic transformation agenda to continue, they should give BN the mandate to continue governing the country.”If the mandate is given (to BN) to form a strong government, Malaysia will have an awesome and brilliant future,” he said.

By cikzah

ANWAR KENE ‘MAIN’ DI SABAH SEBAB TAMAK KERUSI.

image

Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.

Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.

Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR, Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi ‘deposit undi’ bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.

Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial ‘Sabah Untuk Sabah’ yang agak keterlaluan, namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung.

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.

Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.

Bagi rakyat Sabah, USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO.

Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu.

Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.

Tangapan mereke meleset sama sekali kerana PKR, Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah.

Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia.

BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.

Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya.

Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.

Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad.

Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim.

Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu, kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut.

Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi Pakatan Rakyat di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.

Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.

Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011, beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Hakikatnya Anwat telah ‘dimain’ oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.

Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR, Pas dan Dap menjadi ‘abang long’ kepada parti-parti tempatan.

Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah.

Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13.

By cikzah

HAFIZ LAFAZ NIKAH DI INSTAGRAM.

image

Beberapa hari ini, bukan kes penyanyi, Shila Amzah dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad saja yang mendapat perhatian, malah penyanyi kepada platun lagu Ku Akui juga mendapat tumpuan ramai.Ini kerana jejaka kelahiran Sarawak, Hafiz Suip dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas hubungannya dengan Adira terputus.Hari ini, menerusi Ohbulan, laman portal itu ada memuatnaik beberapa gambar yang dicantum menjadi satu yang mana ia menunjukkan gambar Hafiz bersama dua orang wanita.Gambar yang diperoleh daripada seorang pembaca itu memberitahu kekasih Hafiz bernama Izzah Zie dan turut berasal dari Sarawak.Menguatkan lagi dakwaan itu apabila di laman Instagram Hafiz, dia ada menulis pengakuan lafaz nikah secara gurauan.Manakala gadis berkenaan menulis ‘tak sah! tak sah!’.

By cikzah

TAK PERNAH ADA PERBINCANGAN TENTANG PERKAHWINAN:ND LALA

image

Tak habis-habis dengan masalah cinta serta keluarga yang melibatkan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang dalam dilema di antara konflik yang berlaku di antara kekasih hatinya, Sharnaaz Basir Ahmad dan ayahnya, penyanyi ND Lala.Semalam, Shila memuat naik videonya meminta maaf kepada semua dan menyanyikan lagu runut bunyi filem Ombak Rindu.Sebak pun ada ketika menyaksikan video itu.Diharapkan Shila tabah menghadapi ujian yang dihadapinya kini.Kes ini pada mulanya berlaku apabila ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik buah hatinya Mac ini tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Shila.ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadap kerana membelakanginya sebagai orang tau dan wali Shila.Terbaru, ketika dihubungi oleh rancangan gosip terbitan TV9, Galaksi, semalam, ND Lala berkata, ” tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)… tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?“Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada emel, nampak apa?,” katanya.Artis yang cukup terkenal ketika di zaman 80-an itu turut percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu.“Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi… apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji… yang penting kita redha atau tidak.“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya.ND Lala turut merancang untuk membawa keluarga besarnya ke Tanah Suci Mekah bulan depan bagi mengerjakan umrah.Diharapkan semoga kemelut yang melanda mereka akan segera berakhir supaya hubungan baik sebelum ini kembali mekar seperti sedia kala.

By cikzah

PENDUDUK DALAT DAN MUKAH HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN.

image

MUKAH: Penduduk di kawasan penempatan semula Taman Ceria Dalat, sekitar kawasan Dalat dan beberapa penduduk Mukah melahirkan rasa gembira selepas menerima sumbangan sempena program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).Chang Chong Sua, 74, berkata beliau sangat gembira dan berterima kasih atas pemberian sumbangan itu.“Kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat adalah kerajaan yang baik, saya sangat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan sedia menolong rakyat,” katanya yang berasal dari kampung Sungai Ud, Dalat dan mempunyai dua orang anak.Sementara itu, penduduk di kawasan penempatan semula Taman Ceria turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.Annie Miyan Markdid, 63, berkata pada tahun lepas namanya tidak tersenarai untuk menerima BR1M walaupun dia turut mempunyai seorang anak yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya.“Saya pun tidak tahu kenapa nama saya tidak tersenarai untuk menerima bantuan tersebut pada tahun lepas dan pada tahun ini saya belum pasti kerana saya belum menyemak nama saya.“Saya hadir majlis hari ini sebagai wakil kepada anak saya yang kurang upaya bagi menerima sumbangan daripada kerajaan,” katanya yang berasal dari Kampung Tanam Dalat dan menetap di Kampung Penakub Hulu, Mukah.Tan Sui Kiang, 71 berkata usaha kerajaan mensejahterakan rakyat terbukti apabila mereka memberi pelbagai jenis bantuan kepada rakyat seperti BR1M dan sebagainya.“Saya mempunyai lapan orang anak dan sudah tentu saya hantar anak ke sekolah dan ini semua memerlukan perbalanjaan harian.“Jsuterus bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli barang keperluan anak-anak sekolah dan barang dapur, saya menerima BR1M sudah dua kali.“Selain itu, sumbangan daripada JKMNS turut dapat meringankan beban kami,” katanya yang menetap di Taman Ceria, Dalat.Sementara itu, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata objektif pelaksanaan program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Tahun Baharu Cina serta meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.“Pada hari ini, seramai 73 orang penerima bantuan bula-nan kebajikan menerima sumbangan yang terdiri daripada 38 lelaki dan 35 perempuan.“Manakala untuk negeri Sarawak, seramai 6,582 penerima bakal menerima sumbangan seumpama ini,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di kawasan penempatan semula Taman Ceria, Dalat.Sementara itu, Fatimah berkata dalam memastikan golongan berkeperluan tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan, JKMNS menggalakkan penerima bantuan berusaha meningkatkan ekonomi keluarga agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan.“Penerima yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga digalakan memohon Geran Pelancaran bagi memulakan perniagaan agar mereka mampu menjana pendapatan keluarga sekali gus mampu mengeluarkan diri daripada belenggu kemiskinan,” katanya.Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/07/penduduk-dalat-dan-mukah-hargai-sumbangan-daripada-kerajaan/#ixzz2KCXZaOjw

By cikzah

MALAYSIA SPRING:ANCAMAN ANWAR UNTUK MEMBUNUH DEMOKRASI.

image

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”

Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat.

Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.

Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.

Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.

Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.

Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.

Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.

Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.

By cikzah