HIDUPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN:TAIB.

image

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat di negeri ini dihidupkan semula bagi mengo­takan konsep 1Malaysia.Berucap di hadapan ribuan belia dan masyarakat setempat pada ma­jlis pelancaran program My Beau­tiful Malaysia Peringkat Negeri semalam, Taib berkata usaha untuk mengotakan konsep ini sebagai sesuatu yang indah tidak dapat dijalankan oleh kerajaan sahaja.Justeru katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ingin memberi na­fas baharu kepada kesedaran kita mengenai sumbangan kita kepada masyarakat menerusi semangat kesukarelaan.“Kesukarelaan adalah semangat tentang masyarakat yang telah wujud ratusan tahun dahulu dan saya tahu di Sarawak kita berjaya mempertahankan negeri ini mela­lui penyertaan semua pihak atas semangat ini.“Semua perkara yang kita laku­kan pada awal tahun dahulu kita sedaya upaya untuk membawa penglibatan semua masyarakat tetapi kebanyakan daripada perkara ini telah hilang pada hari ini.“Semangat ini yang kita mahu kembalikan hari ini. Anda anak-anak muda boleh menganjurkan kembali semua perkara baik yang pernah dilalui kami generasi lama dahulu untuk menyatukan lagi Malaysia untuk lebih mesra,” katanya.Pada majlis yang berlangsung di Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KRIC) itu semalam, Taib turut mengajak masyarakat supaya ber­sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan alam dan persekitaran secara sukarela.Meskipun kita mempunyai ban­yak agensi kerajaan yang dipertang­gungjawabkan dalam perkara ini menerusi pihak kerajaan tempatan (PBT), namun katanya hasrat kera­jaan untuk persekitaran yang indah dan cantik tidak akan lengkap tanpa penglibatan masyarakat.Beliau turut menggesa masyar­akat supaya mencontohi masyarakat Jepun yang amat mengambil berat akan aspek kebersihan tanpa perlu bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.“Kecantikan sesebuah negara itu bergantung kepada perasaan sayang dan perasaan ingin menjaga alam sekitar kita bersama-sama.“Walaupun sekarang ini kita mempunyai banyak agensi kerajaan yang telah diberikan tugas untuk menjaga kebersihan dan keindahan alam tetapi ia tidak lengkap melain­kan kita sebagai rakyat benar-benar menyedari negara ini bergantung kepada kita untuk menjaga kesem­purnaannya,” ujarnya.Program My Beautiful Malaysia 2013 berkonsepkan gotong-royong atau kerja amal secara sukarela sem­pena Tahun Kesukarelaan Malaysia 2013 dan dijalankan setengah hari bermula awal pagi.Program ini melibatkan penyer­taan golongan remaja, belia, ahli masyarakat setempat dan agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Selain Kuching, program berk­enaan turut diadakan secara ser­entak di bahagian-bahagian lain di negeri ini antaranya Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei, Limbang, Kapit, Samarahan, Mukah, Betong dan Sri Aman.Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ose Murang, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil agensi serta  lain lain.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s