PBB AKAN MENAMPILKAN SEORANG MUKA BARU CALON WANITA.

image

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) akan menampilkan seorang muka baharu daripada calon wanita untuk satu daripada 14 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.Pertambahan seorang lagi calon wanita yang akan bertanding atas tiket PBB pada PRU13 sekali gus menambahkan lagi kuota yang di-peruntukkan untuk wanita kepada empat kerusi berbanding tiga pada pilihan raya sebelum ini.Taib yang ditemui selepas majlis pelancaran itu semalam bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai calon muka baharu wanita berkenaan sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.“Tidak perlu untuk saya umumkan calon tersebut. Perdana Menteri akan umumkan dan ia mungkin ti-dak lama lagi dalam dua atau tiga minggu lagi,” katanya ringkas.PBB ketika ini mempunyai tiga penyandang kerusi Parlimen wanita iaitu Nancy Shukri di Batang Sadong, Datuk Rohani Abdul Karim (Batang Lupar) dan Datuk Norah Abdul Rahman (Tanjung Manis).Calon muka baharu yang diuar-uarkan akan bertanding di Parlimen Kota Samarahan ialah Pegawai Daerah Asajaya Rubiah Wang yang akan menggantikan penyandangnya Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib.Terdahulu dalam ucapannya, Taib yang juga pengerusi BN Negeri dan Ketua Menteri terharu dengan soko-ngan yang ditunjukkan oleh jentera wanita kepada pimpinan beliau yang disifatkannya menjamin kemena-ngan BN pada PRU13.“Wanita adalah kekuatan parti… apa sahaja kegiatan kita wanita me-nyambut dengan cukup baik dan saya yakin wanita akan membantu kita memenangi dua pertiga daripada 31 Parlimen Sarawak yang akan di-pertandingkan kelak,” katanya.Mengimbas kembali sejarah per-gerakan wanita di negeri ini, ia me-nurut Taib telah bermula sebelum kewujudan parti politik di mana wanita telah tampil ke hadapan untuk memprotes agar Sarawak tidak dijadikan koloni pada 1946.“Ramai orang tidak tahu sejarah ini tetapi kita mahu memberi satu rakaman dalam sejarah kita bahawa daripada permulaannya, wanitalah yang sama-sama tampil ke hadapan dalam apa-apa sahaja pergerakan dan juga perjuangan yang penting untuk Sarawak.“Parti politik dimulakan dalam tahun 1959-1960, dan wanita memainkan peranan yang cukup aktif kerana mereka mempunyai satu komitmen tidak mahu ketinggalan dalam apa sahaja perjuangan yang penting bagi negara kita ini,” ujarnya.Pada masa yang sama, Taib turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya berani menghadapi mana-mana pihak dengan kebenaran kerana kebenaran adalah kekuatan terbesar BN untuk menentang propaganda pihak lawan.“Pembangkang tidak boleh melawan kita dengan kebenaran. Mereka hanya pandai bercakap bohong dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.“Kita BN adalah pembangun kepada negeri dan negara ini. Setiap kemajuan yang dikecapi hari ini berasaskan kepada kebenaran perjua-ngan kita dan beranilah menghadap mana-mana pihak dengan kebenaran,” tegasnya.Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu, Setia-usaha Agung BN Negeri Datuk Stephen Rundi Utom, Pengerusi Wanita BN Pusat Datuk Seri Sha-rizat Abdul Jalil dan Timbalan Ketua Wanita PBB Datuk Fatimah Abdullah serta ketua-ketua wanita parti komponen BN.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s