SHAHRIZAT YAKIN WANITA SARAWAK TIDAK AKAN MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN BN.

image

KUCHING: Pengundi wanita di negeri ini tidak akan memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pusat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang yakin dengan perkara ini  berkata 49.97 peratus daripada pengundi wanita di negeri ini mahukan kestabilan negara.Justeru katanya, walaupun akan menerima tohmahan fitnah daripada pembangkang tetapi akhirnya wanita akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada masa depan mereka, anak-anak dan keluarga.“Berdasarkan maklum balas yang kita dapat daripada jentera BN, rakyat akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada rakyat terutama dalam kalangan pengundi wanita.“Saya nampak keputusan pilihan raya negeri yang lepas agak mengejutkan pihak pembangkang yang terlalu yakin bahawa mereka boleh datang ke Sarawak tetapi rakyat pada akhirnya masih mahu parti yang dapat membawa perpaduan dan kestabilan.“Harapan saya, semoga keputusan PRU13 akan mencerminkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atas tambahan kuota wanita di Sarawak khasnya PBB.Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat turut menggesa ketua-ketua wanita bagi parti-parti komponen BN iaitu SUPP, PRS, SPDP dan PBB teruskan kerjasama untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRU akan datang.Katanya jika jentera dan pengundi wanita teguh kepada BN, parti tidak akan terjejas meskipun sering mendapat ancaman daripada pihak lawan.Melihat kepada persediaan rapi jentera Wanita BN Negeri, Sharhrizat turut yakin Sarawak akan menjadi negeri yang menyapu bersih semua 31 kerusi  BN Sarawak.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s