SUARA TENAGA DAN UNDI WANITA SARAWAK PENTING DALAM PRU13.

image

KUCHING: Suara, tenaga dan undi wanita Sarawak penting dalam setiap pilihan raya yang akan menjadi penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fatimah Abdullah berkata sehingga kini daripada 1,069,654 pengundi berdaftar di negeri ini, seramai 534,516 atau 49.97 peratus adalah pengundi wanita.Malah katanya, 18 daripada 31 kawasan Parlimen di negeri ini, bilangan pengundi wanita melebihi bilangan pengundi lelaki.“Berpandukan statistik ini, kita dapat katakan bahawa kuasa mengundi wanita adalah sama dengan kuasa yang ada pada pengundi lelaki.“Justeru, dalam kalangan sayap wanita setiap parti komponen BN, usaha untuk menggembelengkan usaha, tenaga dan komitmen dalam kalangan ahli-ahli wanita, menjadi amat relevan dan penting untuk memastikan undi wanita BN kekal,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.Tambah Fatimah, pengalaman masa-masa lalu telah menunjukkan bahawa wanita BN Sarawak mempunyai semangat, iltizam, komitmen dan kemampuan untuk membantu memantapkan perjalanan jentera pilihan raya di semua peringkat.“Saya amat yakin, dengan tentangan yang lebih mencabar daripada pihak lawan dalam PRU13 yang akan kita hadapi tidak lama lagi, komitmen dan kesungguhan para petugas wanita dalam setiap parti komponen BN akan lebih menyerlah dan lebih terarah,” katanya.Dalam pada itu, usaha meraih undi daripada semua pengundi menurut Fatimah hendaklah dijadikan tanggungjawab bersama.Sehubungan usaha itu, beliau berpandangan perkara-perkara seperti berikut perlu diberi perhatian dan dijadikan tanggungjawab utama.Antaranya, mengenali dengan lebih dekat demografi pengundi di setiap kawasan pilihan raya, mengemas kini daftar pemilih di setiap pusat tempat mengundi, mengenali pola undian dalam pilihan raya negeri dan Parlimen lalu, mengenal pasti isu-isu utama yang dijadikan faktor penentu pola pengundian tersebut dan mengenal pasti pengundi yang tidak bersemangat atau beraspirasi BN.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s