8 NGO DI LANTIK SEBAGAI PEMERHATI PRU 13 DI SARAWAK.

image

KUCHING: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sarawak dilantik secara rasmi sebagai Pemerhati Pilihan Raya Tempatan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pelantikan pemerhati tempatan itu bertujuan mewujudkan satu kumpulan yang dapat melihat secara objektif proses pilihan raya bermula dari hari penamaan calon sehingga pengumuman calon menang.“Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan tidak berapa lama lagi dan kita akan mempunyai pemerhati tempatan, juga kemungkinan besar luar negara buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya negara.“Ini adalah inisiatif SPR sendiri, bukannya syor daripada Jawatankuasa Khas Parlimen, dengan harapan proses pilihan raya nanti bertambah baik, telus dan bersih…bukan seper-ti sering didakwa sesetengah pihak walaupun sebenarnya tiada bukti kepada dakwaan serta kritikan itu,” katanya pada sidang media semalam.Terdahulu beliau menyempurna-kan penyerahan surat pelantikan  kepada lapan NGO yang dilantik  sebagai Pemerhati Pilihan Raya Tempatan untuk PRU13 di sebuah hotel di sini.Lapan NGO berkenaan ialah Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (OUNA), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Sara-wak, Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak (FORUM), Persatuan Melanau Sibu, Dewan Perdagangan Cina Sibu dan Persatuan Cina Miri.Beliau menambah, secara keseluruhannya terdapat 16 NGO telah dilantik di seluruh negara sebagai pemerhati PRU13 dengan lima NGO di Semenanjung Malaysia dan tiga lagi di Sabah.Abdul Aziz berkata NGO yang dilantik diberi tempoh hingga hujung bulan (Februari ini) mengemukakan nama petugas masing-masing ke-pada SPR dan ia boleh dilakukan secara talian menerusi alamat.Menurutnya bagi memudahkan orang ramai mengenali petugas-petugas pemerhati tersebut dan boleh bergerak bebas di kawasan-kawasan larangan semasa pilihan raya berlangsung, SPR akan membekalkan mereka dengan pas pengenalan diri selain baju kemeja ‘T’ berwarna putih yang tertera perkataan ‘Pemerhati PRU13’ di bahagian belakang.Beliau bagaimanapun memberitahu, pemerhati hanya boleh memasuki kawasan mengundi tetapi tidak boleh memasuki tempat atau saluran mengundi seperti bilik kelas dan menemu bual pengundi.“Mereka boleh berada dekat dengan pintu saluran atau bilik tempat mengundi, boleh mengambil gambar, memerhati proses mengundi, membuat cacatan tetapi tidak menemu bual pengundi.“Mereka juga tidak boleh memasuki bilik saluran mengundi dan tidak boleh melangkau masuk ke kawasan Parlimen yang bukan di bawah bidang kuasanya,” jelasnya.Mengenai pelantikan pemerhati pilihan raya luar negara khasnya dari negara-negara ASEAN beliau berkata ia akan diumumkan kemudian jika kata muktamad mengenai perkara itu dicapai kerana ketika ini ia sedang diurus oleh Kementerian Luar Negeri.Sementara itu dalam ucapan perasmiannya beliau mengingatkan pemerhati-pemerhati yang dilantik agar lebih bertanggungjawab dan jujur serta profesional menjalankan tugas tanpa berpihak kepada parti-parti tertentu.“Kita tidak mahu pemerhati ini berlagak lebih-lebih daripada SPR, mengumum itu dan ini.“Mereka hanya pemerhati dan sekiranya ada yang tidak kena dengan proses pilihan raya, mereka perlu mengemukakan menerusi saluran betul,” ujarnya.Beliau juga berkata sekiranya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membubarkan Parlimen sebelum berakhirnya tempoh hayat Parlimen pada 28 April akan datang, maka secara automatik Parlimen dibubarkan pada selewat-lewatnya 27 April bagi memberi laluan kepada PRU13.“Bermakna SPR ada 60 hari untuk mengumumkan hari-hari tertentu selepas pembubaran (27 April 2013) seperti hari penamaan calon dan hari membuang undi, maka paling lewat pilihan raya boleh diadakan ialah awal Julai 2013,” katanya.Hadir sama Timbalan Pengerusi SPR Malaysia Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Pengerusi SPR Sarawak Datu Takun Sunggah.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s