PENDUDUK DALAT DAN MUKAH HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN.

image

MUKAH: Penduduk di kawasan penempatan semula Taman Ceria Dalat, sekitar kawasan Dalat dan beberapa penduduk Mukah melahirkan rasa gembira selepas menerima sumbangan sempena program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS).Chang Chong Sua, 74, berkata beliau sangat gembira dan berterima kasih atas pemberian sumbangan itu.“Kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat adalah kerajaan yang baik, saya sangat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan sedia menolong rakyat,” katanya yang berasal dari kampung Sungai Ud, Dalat dan mempunyai dua orang anak.Sementara itu, penduduk di kawasan penempatan semula Taman Ceria turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.Annie Miyan Markdid, 63, berkata pada tahun lepas namanya tidak tersenarai untuk menerima BR1M walaupun dia turut mempunyai seorang anak yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya.“Saya pun tidak tahu kenapa nama saya tidak tersenarai untuk menerima bantuan tersebut pada tahun lepas dan pada tahun ini saya belum pasti kerana saya belum menyemak nama saya.“Saya hadir majlis hari ini sebagai wakil kepada anak saya yang kurang upaya bagi menerima sumbangan daripada kerajaan,” katanya yang berasal dari Kampung Tanam Dalat dan menetap di Kampung Penakub Hulu, Mukah.Tan Sui Kiang, 71 berkata usaha kerajaan mensejahterakan rakyat terbukti apabila mereka memberi pelbagai jenis bantuan kepada rakyat seperti BR1M dan sebagainya.“Saya mempunyai lapan orang anak dan sudah tentu saya hantar anak ke sekolah dan ini semua memerlukan perbalanjaan harian.“Jsuterus bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli barang keperluan anak-anak sekolah dan barang dapur, saya menerima BR1M sudah dua kali.“Selain itu, sumbangan daripada JKMNS turut dapat meringankan beban kami,” katanya yang menetap di Taman Ceria, Dalat.Sementara itu, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata objektif pelaksanaan program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena menyambut Tahun Baharu Cina serta meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.“Pada hari ini, seramai 73 orang penerima bantuan bula-nan kebajikan menerima sumbangan yang terdiri daripada 38 lelaki dan 35 perempuan.“Manakala untuk negeri Sarawak, seramai 6,582 penerima bakal menerima sumbangan seumpama ini,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di kawasan penempatan semula Taman Ceria, Dalat.Sementara itu, Fatimah berkata dalam memastikan golongan berkeperluan tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan, JKMNS menggalakkan penerima bantuan berusaha meningkatkan ekonomi keluarga agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan.“Penerima yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga digalakan memohon Geran Pelancaran bagi memulakan perniagaan agar mereka mampu menjana pendapatan keluarga sekali gus mampu mengeluarkan diri daripada belenggu kemiskinan,” katanya.Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/07/penduduk-dalat-dan-mukah-hargai-sumbangan-daripada-kerajaan/#ixzz2KCXZaOjw

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s