KJ BAKAL MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN:GUD LUCK CHIEF..:-)

image

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, disebut-sebut bakal menggantikan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru selepas pilihan raya umum ke 13 ini. Nama Khairy disebut setelah Mohammad Hasan dijangka di bawa ke Parlimen oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dalam pembentukan kabinet baru beliau selepas pilihan raya umum akan datang.Mohammad Hasan dan Khairy datang dari kawasan Parlimen yang sama iaitu Rembau, di mana Mohammad Hasan merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau. Cakap-cakap penukaran kerusi antara Khairy dan Mohammad Hasan kian kencang sekarang ini. Walaupun ramai penganalisis politik meramalkan Mohammad Hasan bakal ke Parlimen namun nama Khairy bukanlah calon popular untuk menjadi Menteri Besar.Selain usia yang muda, Khairy bukanlah nama besar dalam politik Negeri Sembilan. Namun kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu batu loncatan yang kukuh sekiranya Mohd Najib ingin memberi nafas baru kepada politik Negeri Sembilan.Malahan ada pemerhati politik yang menganggap terdapat “deal” antara Mohd Najib dan Pak Lah semasa peralihan kuasa lalu untuk menjadikan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atau Menteri Pusat dalam penggal akan datang. Namun perkara ini tidak pernah disahkan oleh sesiapa pun dalam “circle” Mohd Najib mahu pun Pak Lah.Halangan terbesar untuk meletakkan Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan tentulah datang dari “warlords” politik negeri sembilan yang sebahagiannya merasa ditindas atau teraniaya ketika Pak Lah berkuasa lalu.Malahan Mohd Najib juga perlu mengambil kira pandangan tokoh-tokoh veteran UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad jika benar beliau mahu melantik Khairy sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.Selain Khairy, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor merupakan calon popular untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru. Sungguhpun Shaziman dianggap kem Khairy suatu ketika dahulu, namun beliau kini berjaya mengelak kontroversi yang boleh menjejaskan reputasinya. Shaziman berjaya mengelak radar politik popular tetapi berupaya melaksanakan beberapa agenda Mohd Najib dalam isu Tol.Esok (Selasa 26 Mac, 2013) merupakan hari akhir DUN Negeri Sembilan. Sama ada ia terbubar secara otomatik atau dibubarkan, Mohd Najib tidak mempunyai banyak masa untuk menentukan siapa bakal Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

By cikzah

VIDEO BURUKKAN TAIB MAHMUD HANYA LAKONAN DENDAM KONSESI BALAK.

Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka. Antaranya, tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.

Kini, Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati dan dikagumi di seluruh dunia. Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan, cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.

Tetapi, Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas, melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.

Pun begitu, pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah? Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.

Jelas, masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun.

Memandangkan Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran. Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib. Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.

Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya. Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub, iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak.

Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981. Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga. Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri, keluarga dan sanak-saudaranya.

Bermula dari situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985, Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.

Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs 1987’ dengan mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur bagi mendesak usul hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.

Nampaknya, sepupu Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan ‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar. Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.

Sedangkan jika benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu?

Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak. Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.

Nah, bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis?

Walaubagaimanapun, sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut. Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal. Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil. Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.

Pendek kata, gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN. Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.

Untuk kesekian kalinya, berhadapanlah dengan BN secara anak jantan, bukan secara homoseksual, biseksual atau pondan!

By cikzah

LAHAD DATU #OpsDAULAT:SAYA DIBAYAR.

image

Pengakuan salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika #OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.

Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Secara rationalnya, SEMUA pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu.

Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi MERAMPAS kedaulatan Sabah dari Malaysia.

Malah dengan kenyataan Hooland itu tadi, pastinya akan membuatkan ‘orang-orang tertentu’ panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.

Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan.

Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.

‘You ulang, I saman’ adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan.

Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan #OpsDaulat.

Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai DALANG itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.

Kepada pengkhianat negara, TUNGGU!!!! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan.

By cikzah

WAWANCARA DENGAN FAIRFAX MEDIA,AUSTRALIA:ANWAR TUDUH MALAYSIA FOBIA DENGAN DUNIA LUAR.

image

Ketika penyokong-penyokong Anwar masih lagi bingung cuba menepis video wawancara Anwar dengan radio BFM yang menyaksikan Anwar menentang diskriminasi terhadap terhadap golongan LGBT dan menganggap ianya merupakan hak peribadi seseorang, timbul satu lagi video yang membawa mesej yang sama dari Anwar, berkenaan isu ini.

Video yang boleh didapati di http://www.smh.com.au/world/anwar-to-end-xenophobia-and-promote-freedoms-20130305-2fj1v.html adalah wawancara Anwar dengan Fairfax Media dari Australia yang disiarkan pada 6 Mac 2013. Artikel berkenaannya pula yang ditulis oleh Lindsay Murdoch membawa tajuk “Anwar akan hapuskan xenofobia dan mempromosi kebebasan”.

‘Xenofobia’ adalah salah satu gangguan psikologi yang berkaitan dengan rasa takut yang tidak rasional terhadap sesuatu yang asing, termasuk orang asing atau budaya serta apa-apa yang berbeza dengan kebiasaan atau budaya sendiri.

Media Australia ini jelas mengangkat Anwar sebegitu tinggi dengan merujuk kepada beliau sebagai Dr. Anwar, pemimpin berkarisma. Namun, dalam wawancara itu, Anwar pula sebaliknya mengkritik ahli politik Australia yang memuji pembangunan di Malaysia ketika melawat negara ini.

Kata Anwar, mereka hanya melihat Menara Berkembar, Jambatan Terpanjang dan Empangan terbesar tetapi tidak melihat keadaan masyarakat India di ladang-ladang yang dikatakannya sebagai ‘menjijikkan’.

Secara umumnya, Anwar mengkritik segala-galanya tentang Malaysia sebagai buruk, atau terburuk, tidak demokratik, tidak telus, kuku besi, kuno, terkebelakang, mundur, tidak maju, berfikiran sempit, kolot dan apa saja gambaran yang buruk yang mampu difikirkannya.

Menurutnya, Malaysia di bawah pemerintahan beliau akan kelihatan berbeza dan lebih baik berdasarkan perubahan-perubahan yang bakal dilakukannya.

Antaranya, beliau akan membenarkan kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Islam iaitu untuk keluar atau memeluk agama lain dan ini juga termasuk membenarkan penguatkuaan undang-undang syariah yang kontroversi. Namun, beliau kemudian turut menekankan bahawa undang-undang itu akan dikaji semula di mana klausa berkaitan jenayah mungkin akan dihadkan, dan ia mungkin hanya tertakluk kepada negeri-negeri tertentu sahaja.

Anwar turut menyatakan yang demokrasi yang akan dibentuk di bawah pemerintahan beliau adalah dengan mengambil contoh India, Filipina dan Indonesia sebagai model.

Seperti kebanyakan ahli politik lain yang ingin meraih undi kaum Cina, Anwar turut menuduh bahawa polisi ekonomi yang ada sekarang adalah berat sebelah terhadap bumiputera dan tidak adil kepada kaum lain. Di masa yang sama, Anwar, seperti juga ahli politik lain itu, gagal memperinci dan menjelaskan dakwaan mereka dengan memaparkan angka dan statistik berkenaan pembahagian kek ekonomi negara bagi membuktikan ketidakadilan tersebut.

Apa yang paling menarik mengenai wawancara ini ialah, Fairfax Media turut memaparkan gambar yang pernah menggemparkan Malaysia untuk beberapa jam, iaitu gambar seorang peserta Bersih, dikenali sebagai Suhardi yang kononnya meninggal dunia sebagai mengukuhkan dakwaan kekejaman kerajaan. Sedangkan ‘kematian’ Suhardi telah dibuktikan sebagai satu penipuan terancang oleh puak Anwar sendiri apabila si Suhardi ditemui masih hidup dan sihat di rumahnya. Malah, lebih menjelikkan lagi, apabila Suhardi sendiri mengaku telah cuba berlakon sebanyak 3 kali untuk menarik perhatian jurugambar tetapi tidak berjaya.

Fairfax Media wajar merasa malu kerana menyiarkan gambar Suhardi di dalam laman mereka tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya. Jika perkara semudah ini juga media ini tidak mampu lakukan, maka tidak hairanlah apabila mereka begitu mudah memberi ruang, malah membantu menyebarkan keyakinan bahawa Anwar bakal mengambil-alih tampuk pemerintahan dari Datuk Seri Najib dalam PRU kali ini. Nampaknya, Anwar dan Fairfax Media, sama-sama tidak punya kredibiliti mahupun integriti.

Anwar seterusnya menyatakan bahawa terdapat perubahan dari segi sentimen rakyat Malaysia dan beliau yakin bahawa ini adalah titik penamat bagi Barisan Nasional. Namun, orang Malaysia tahu bahawa yang nazak sekarang ialah Anwar dan bukan BN, apabila seorang demi seorang pengganas Sulu di Lahad Datu dibunuh dan beberapa orang, telah pun dibawa ke mahkamah.

Oleh itu media Australia boleh percaya dan tulis apa yang mereka suka, dan Anwar juga boleh bercakap apa saja yang beliau suka kepada orang asing. Yang pasti, orang Malaysia tidak takut pada orang asing atau media asing kerana mereka tidak boleh mengundi di sini.

Orang Malaysia cuma takut jika Anwar memerintah kerana beliau telah berikrar akan membawa kebebasan yang berbentuk kecelaruan dalam agama sepertimana yang berlaku di Indonesia, India dan Filipina yang bakal mengakibatkan keruntuhan akhlak dan kehancuran nilai-nilai kekeluargaan, kemasyarakatan serta kemanusiaan.

By cikzah

SKANDAL TANAH SARAWAK:GLOBAL WITNESS DI BIAYAI SOROS.

image

Pakatan pembangkang dilihat semakin terdesak mengunakan pelbagai pendekatan yang ada semata-mata untuk memastikan impian Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya tercapai.

Terbaru tindakan sekumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness yang cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk ‘Inside Malaysia’s Shadow State’ jelas merupakan satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

Video tersebut cuba menuduh Taib Mahmud kononnya melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri. Ia jelas merupakan cubaan untuk mencemarkan Sarawak sekaligus mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Malah menurut sumber, video tersebut merupakan satu ‘lakonan’ yang sengaja direka cipta kerana suami salah seorang wanita yang diwawancara itu adalah merupakan penyokong kuat PKR.

Hasil penelitian yang dilakukan, Global Witness sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang dibiayai oleh NED & ODI iaitu dua badan yang disokong kedudukan kewangan oleh penyangak mata wang asing berketurunan Yahudi, George Soros. Sila rujuk pautan blog ini Soros-funded Global Witness untuk maklumat lanjut.

Maka bukanlah suatu yang menghairankan apabila sebuah NGO asing secara tiba-tiba begitu berminat untuk membantu gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan. Keseluruhan episod ini rupanya merupakan dendam lama penyangak Yahudi itu terhadap kepimpinan negara. Malah umum juga mengetahui akan hubungan akrab di antara Soros dan Anwar seperti yang telah didedahkan sebelum ini.

Sebagai contoh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pernah berkata penglibatan Anwar dan Soros tidak berlaku secara langsung tetapi ia dibuat melalui NGO asing yang dinaungi penyangak berkenaan dan rakan-rakannya.

Malah kenyataan salah seorang mantan Ahli Majlis Tertinggi PKR yang ditemui mengatakan, selain Global Witness penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu turut membiayai membiayai PKR, Suaram, portal pembangkang Malaysiakini dan Institut Kajian Dasar (IKD).

Terbukti hubungan luar biasa Anwar dengan beberapa pemimpin Yahudi termasuk Soros bukan lagi rahsia. Malah pendekatan Ketua Pembangkang itu yang menghasut dan menyemai sentimen kebencian rakyat agar menjatuhkan kerajaan juga menjadi bukti jelas ia dipengaruhi cara Yahudi seperti yang telah berlaku di negara-negara Arab.

Oleh yang demikian, sebelum pimpinan pembangkang berlakon seoalah-olah mereka suci lagi bersih dari sebarang unsur Yahudi, ada baiknya mereka mendesak Global Witness mengeluarkan satu lagi video terbaru yang bertajuk ‘We Deny.

By cikzah

TUN MUSA HITAM BALAS DENDAM PADA TUN MAHATHIR DENGAN BUKU JINGGA.

image

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program ‘Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’.

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.

Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.

Justeru, tidak hairanlah mereka sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang.

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’ rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan.

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.

Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain.

Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut.

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.

Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan. Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti.

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.

Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain.

Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam.

Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara.

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.

Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.

By cikzah

BODOHNYA,’ MANILA STANDARD TODAY’ SAMAKAN NAJIB DENGAN SLOVODAN MILOSEVIC.

image

Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati. Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing.

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya.

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia. Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII. Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir. Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian.

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam.

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD). Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006.

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser. Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula. Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik. Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam.

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut.

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang. Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan. Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri. Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya. Beliau juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine.

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati. Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari. Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut.

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib. Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja. Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu. Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah. Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing.

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini? Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu? Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.

By cikzah

TERIMA KASIH KERAJAAN ATAS KETEGASAN BERHUBUNG KENYATAAN BIADAP TIAN CHUA.

Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu, anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan.

Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan ‘terima kasih PM’.

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan ‘sujud syukur’ tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.

Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/Umno.

Ekoran kenyataan tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Malah tragedi yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara itu juga juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama.

Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR yang di temui mengatakan, ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno, sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.

Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka, menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari ‘Pusat Media, Ops Daulat’ semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.

Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari, majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata. Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu, mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan.

“Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam, dengan linangan air mata, mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh”

“Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan, tidak langsung mematahkan semangat juang mereka, malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana, Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu?

Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara

By cikzah

MENANTI ANWAR MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT.

image

Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat”.

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah “Wallahi, Wabillahi, Wataallahi” disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

By cikzah