GAJI BARU TENTERA DAN POLIS -TAMPARAN HEBAT BUAT PEMBANGKANG.

image

Seaman manapun sesebuah negara, pasukan polis dan tentera wajib diberi keutamaan. Ini kerana keamanan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas bahu kepimpinan, tetapi separuh daripadanya adalah terletak pada elemen yang tidak mampu dijangka.

Jenayah dan ancaman keganasan dari dalam dan luar negara bukan sesuatu yang boleh dianggarkan dari segi jumlah dan masa seperti menganggarkan pendapatan atau perbelanjaan negara. Justeru, perancangan dan strategi keselamatan dan pertahanan hanya boleh dibuat dengan mengambilkira senario terburuk.

Oleh yang demikian, pembelian senjata-senjata dan alat-alat canggih untuk pertahanan dan keselamatan tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Kita amat kesal apabila pembangkang sering menjadikan kos pembelian alatan dan senjata pertahanan serta keselamatan negara sebagai isu. Malah, lebih dikesalkan lagi apabila mereka seolah-olah sengaja mengumpan agar kerajaan mendedahkan butir-butir terperinci maklumat pertahanan dan keselamatan. Beberapa kenyataan mereka dilihat sebagai merbahayakan negara, terutama apabila mempersoalkan kegunaan dan membangkitkan mengenai kelemahan senjata atau alat pertahanan yang ada.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga giat menghasut rakyat agar membenci pihak polis. Setiap kes jenayah dilapor dan digembar-gemburkan manakala setiap kejayaan besar pihak polis dipandang sepi. Dalam banyak kes, polis digambarkan sebagai jahat dan penjenayah dibela oleh pembangkang, terutama yang melibatkan ‘orang mereka’.

Sehinggakan apabila negara diceroboh dan kedaulatannya diancam, pembangkang masih terus membawa sikap memusuhi, memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Jika ini bukan satu pengkhianatan, maka apakah ia?

Maka, kita tidak hairan apabila terdedahnya penglibatan pembangkang dengan pengganas yang menceroboh negara ini.

Bagaimanapun, kita wajar mengucapkan Alhamdulillah kerana ketika pembangkang mengguris dan meremukkan hati keluarga wira-wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna, kerajaan Barisan Nasional bertindak pantas memberi pengiktirafan ke atas pengorbanan mereka. Kenaikan pangkat diberi kepada yang pergi, bukan sahaja sebagai mengenang jasa tetapi juga bagi membolehkan balu-balu mereka menikmati imbuhan tambahan bagi menampung hidup tanpa ketua keluarga.

Lebih dari itu, kesemua pasukan tentera dan polis juga kini menikmati pelarasan gaji setara dengan penjawat awam yang lain sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri hari ini. Harapan kita agar keprihatinan Perdana Menteri ini membuatkan mereka tidak luntur semangat untuk terus menjaga keamanan negara demi kita semua.

Persetankan kata-kata penghinaan yang dilemparkan puak pembangkang, kerana yang hinanya adalah mereka, bukan pasukan polis dan tentera kita. Buktinya, manusia yang paling kuat menghina polis iaitu Tian Chua, telah terpaksa ‘memakan najis sendiri’ apabila meminta bantuan polis untuk menyelamatkan diri dari dibelasah rakyat yang cintakan negara dalam satu program ceramahnya.

Pembangkang kini menerima tamparan hebat apabila strategi jahat mereka memakan diri. Rakyat kini melihat sendiri betapa murninya tugas mengawal keselamatan dan keamanan negara, yang mana bukan semua manusia mempunyai keberanian atau kemampuan untuk memikulnya.

Rakyat juga menggeleng-gelengkan kepala melihat betapa hinanya pembangkang Malaysia yang sanggup mengkhianati negara sendiri, memperjudikan nyawa rakyat termasuk penyokong sendiri, menyebabkan pasukan keselamatan negara terbunuh dan kemudiannya memperlekeh dan menghina kematian mereka pula…

Jika pembangkang bukan syaitan, maka apakah mereka?

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s