JIKA TUN MAHATHIR KE -2 TERKAYA DI DUNIA,ANWAR YANG PERTAMA.

image

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya. Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba. Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di ‘google search’ atau ‘yahoo search’, kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang. Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.

Pelik juga apabila maklumat mengenai kekayaan Tun Mahathir ini hanya tersebar selepas beliau bersara dan menjelang pilihanraya ke-13. Sedangkan, selama 22 tahun beliau memerintah dan beberapa tahun kemudiannya setelah bersara, tiada pun yang mengungkit perihal kononnya beliau begitu kaya? Dengan begitu ramai musuh dan begitu hebat sekali ‘korupsi’ beliau sepertimana yang dituduh pembangkang, kenapakah tiada usaha dari pembangkang untuk membawanya ke mahkamah? Jika pembangkang boleh melakukan cubaan untuk menyaman beliau atas tuduhan memfitnah Anwar, kenapa tidak boleh mendakwa beliau atas tuduhan korupsi?

Jika alasannya ialah mahkamah tidak adil dan berada di dalam kawalan Tun Mahathir, kenapakah Anwar lepas bebas?

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, sekiranya ingin memfitnah, sekurang-kurangnya, biarlah konsisten. Fitnah yang tidak konsisten mudah saja dikantoikan. Takkanlah dah terlalu banyak kali terkantoi pun masih belum belajar dari kesilapan lagi?

Mengikut senarai Forbes, orang yang ke-dua terkaya di dunia ialah Bill Gates dengan kekayaan berjumlah USD67billion. Tun Mahathir langsung tiada dalam senarai orang-orang kaya dunia.

Kehidupan Tun Mahathir juga membuktikan bahawa beliau tidaklah semewah mana. Tanpa gelaran Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Petronas, segala kemudahan yang dinikmatinya dari segi perjalanan dan lain-lain tentulah sukar baginya. Namun, tentulah bohong juga jika dikatakan Tun Mahathir miskin. Jika benar beliau miskin maka tentulah satu penangan yang memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur. Tentulah ada yang tidak kena dengan negara ini jika bekas Perdana Menteri yang begitu banyak berjasa, bertaraf negarawan dan berdiri sebaris dengan pemimpin dunia akhirnya hidup dalam kemiskinan setaraf rakyat biasa.

Tidak kira betapa kaya atau miskinnya Tun Mahathir, apa yang pasti ialah beliau belum mampu memiliki atau menyewa jet peribadi dan helikopter seperti Anwar Ibrahim sekadar untuk berkempen. Namun, bohong juga jika dikatakan beliau tidak mampu tinggal di hotel mewah di luar negara. Pun begitu, beliau tidaklah sehebat Anwar yang mampu melakukannya beratus kali setahun dengan wang sendiri.

Jangan lupa bahawa Anwar keluar negara selalunya bukan atas jemputan, tetapi atas inisiatif sendiri untuk memburukkan negara ini. Berbeza dengan Tun Mahathir di mana kebanyakan perjalanan beliau adalah atas jemputan dan segala kos yang terbabit ditanggung pihak yang menjemput.

Oleh itu, jika Tun Mahathir dikatakan ke-dua terkaya di dunia, di mana pula kedudukan Anwar? Lebih dari itu, di mana pula kedudukan Bill Gates? Atau Carlos Slim Helu, iaitu orang yang terkaya di dunia pada ketika ini mengikut senarai Forbes?

Apakah pembangkang cuba menyatakan bahawa ‘Forbes’ juga dikuasai oleh Tun Mahathir kerana tidak memaparkan senarai sebenar?

By cikzah

P JUARA PROPAGANDA ANGKA DAN NOMBOR.

image

Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang, pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut.

Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan, yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum, sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.

Dulu dan sekarang, itulah modus operandi parti pembangkang, mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor, meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.

Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor, Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang. Seperti biasa, foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.

Realitinya, hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam, Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.

Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang, malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.

Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu, tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.

Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang, kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.

Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan, dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.

Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau, hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video, tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.

Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi. Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir. Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks, zero.

Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR, soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.

Yang penting bagi mereka, juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan, kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.

By cikzah

PAKATAN PEMBANGKANG BERPECAH AKIBAT PERBALAHAN DALAMAN.

image

Lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin ketara.

Sejak pengumuman pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu serta penyerahan watikah kepada calon-calon samada bagi peringkat parlimen atau dewan undangan negeri, mood atau gerakrasa rakyat amat dirasai menyebelahi BN.

Ini berdasarkan kepada beberapa faktor antara lain Aku Janji BN yang bukan sahaja berfungsi sebagai manifesto tetapi menjangkau ikatan janji kerajaan BN untuk terus memakmurkan negara dan rakyat melalui dasar, program, perancangan yang tela, sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Ketokohan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendepani dan memimpin pelaksanaan program transformasi telah terbukti kejayaannya melihat kepada respons rakyat daripada setiap lapisan masyarakat.

Rasa puas hati dan seronok di kalangan rakyat yang benar-benar mendapat pelbagai bentuk bantuan serta pertolongan daripada kerajaan adalah bukti kukuh penerimaan baik segala program yang telah diimplementasikan.

Selain itu, rakyat juga telah sedar kemelut berpanjangan di antara PKR, Pas dan Dap terutamanya dalam isu pengagihan kerusi merupakan bukti jelas tidak ada muafakat dan kerjasama yang ikhlas dan berpanjangan seperti BN.

BN telah mengambil masa yang lama meneliti setiap bakal calon yang berpotensi mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke 13 berdasarkan kepada templat atau formula yang telah digunapakai pada pilihan raya sebelumnya.

BN mahu memastikan sebagaimana tegas Perdana Menteri bahawa calon yang dipilih adalah ‘winnable’ atau boleh menang dan bukannya calon angkat muat atau ala kadar.

Keadaan inilah yang sedang melanda pakatan pembangkang sekarang di mana berlaku perselisihan dan konflik yang parah dalam isu penbahagian kerusi.

Setiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan.

Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon.

Ini menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus.

Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.

Atas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa.

Tindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu ang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yanbg bakal menguburkan parti.

Mungkin Dp sidah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali.

Kit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudh gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau.

PKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih.

Pas juga tidak terkecuali daripaa menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.

Musyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti.

Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas.

Skandal video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali amat memalukan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Dengan perlakuan seorang pimpinan kanannya seperti Mustaapa sudah tentu imej Pas akan terjejas teruk dari segi keyakinan rakyat.

Hakikatnya pembangkang tidak melayak mengelar diri mereka sebagai juara rakyat kerana yang diperjuangkan sebenarnya ialah agenda peribadi pemimpin-pemimpin mereka yang diselaputi pelbagai masalah peribadi dan kepimpinan.

By cikzah

PRU 13:ANTARA SERUAN DATO MICHELLE,AISHAH DAN DAYANGKU INTAN.

image

Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13.

Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato’ Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.

Parti PAS sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’. Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak PAS malah menfatwakan hukum haram menyokong PAS. Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak PAS.

Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai PAS dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak PAS sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran PAS tulen.

Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam PAS hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia. Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.

Pendekata, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.

Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri. Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan PAS. Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.

Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati. Antaranya, Dato’ Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa. Dato’ Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara. Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini.

Justeru, Dato’ Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.

Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa. Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha. Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.

Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua. Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita. Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya. Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.

Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya.

Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis. Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi. Malangnya, PAS bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.

Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato’ Michelle Yeoh. Sekurang-kurangnya Dato’ Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama. Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam.

By cikzah

MAJORITI MELAYU SOKONG BN.

image

KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada.

?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.

?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas pagar yang baru pertama kali mengundi,” katanya.

Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.

?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri dikuasai mereka.

?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka,” katanya.

Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah dalaman.

By cikzah

PENJENAMAAN BN DI MEDIA SOSIAL LEBIH BERKESAN DARIPADA PR.

image

Lebih 2.9 juta pengundi baharu atau sekitar 22 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar di negara ini mempunyai peranan yang besar untuk menentukan landskap politik negara pada pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, pengundi-pengundi baharu tersebut boleh menjadi petunjuk awal untuk pembentukan kerajaan selepas ini. Malah kebanyakan pengundi baharu itu merupakan pengundi muda dan mereka amat dekat dengan media sosial seperti twitter, blog, dan facebook.

Atas faktor itu, Barisan Nasional (BN) telah melangkah ke hadapan dengan mengubah trend kempen selari dengan kehendak semasa. Malah penjenamaan BN di media sosial dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Rakyat (PR) kerana BN dilihat lebih teratur mempunyai langkah penjenamaan yang khusus.

Pemerhati politik Profesor Madya Dr James Gomez dari School of International Studies, UUM mendapati penjenamaan BN & PM Najib Razak di media sosial lebih ketara jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus.

Dominasi BN di alam maya kali ini lebih ketara jika di banding dengan PRU12 dan ini mampu membawa kesan positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN. Pemimpin-pemimpin BN lebih menerajui jumlah followers & likes sama ada di Facebook mahupun Twitter.

Beliau berkata PR ketinggalan sebanyak dua minggu untuk mengatasi BN memandangkan kempen akan bermula dalam tempoh tersebut bagi negara menghadapi PRU 13.

BN jelasnya kini sangat berbeza kerana sehingga April 2013, BN mempunyai imej yang sangat kukuh di media sosial dengan pengikut “like” di Facebook berjumlah 1,580,00, sedangkan Nik Aziz sekadar 889,000; Anwar Ibrahim 480,000 dan Lim Kit Siang hanya 120, 000. Gabungan ketiga-tiga mereka masih lagi jauh ketinggalan sebanyak 80,000 “likes” di belakang Najib.

Bagi laman Twitter pula, jumlah pengikut adalah; BN 24,000, PKR 27,000; DAP 27,000 PAS 1200 and PR 1,900.

Pengikut peribadi Najib pula 1,460,000 dan Pakatan Anwar Ibrahim 267,000, Nik Aziz 94,000 dan Lim Kit Siang 89,000. Gabungan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu juga gagal menyaingi Najib.

PR pula jelasnya gagal memaparkan penjenamaan gabungan berkenaan melalui ikon antara pemimpin mereka.

Beliau turut menjelaskan, walaupun sokongan di Facebook tidak boleh dijadikan kayu pengukur, ia adalah nilai penjenamaan yang perlu diambil kira memandangkan PRU 2008 menunjukkan media sosial memainkan peranan penting.

By cikzah

#BETTERNATION PM YAKIN MENANG #PRU13.

image

Dalam ambang pilihan raya sebegini, ramai yang bertukar pekerjaan kepada tok nujum. Ramai yang menjadi ahli ramal bagi menentukan apa yang bakal terjadi pada pilihan raya kali ini.

Sudah semestinya, pilihan raya kali ini pasti menjadi satu pilihan raya yang paling menarik. Ramai yang menjangkakan sebegitu ekoran pelbagai peristiwa dan kejadian yang terjadi kepada Malaysia ketika menjelang pilihan raya.

Apa yang pasti, PM kita Datuk Seri Najib Razak sungguh optimis dan yakin bahawa BN akan menang besar dalam pilihan raya yang ke 13 ini.

Beliau dilihat sangat bersedia dan yakin. Dalam satu temuramah bersama Straits Times dari Singapura, PM Datuk Seri Najib Razak sendiri berkata bahawa beliau yakin BN akan menang dalam PRU ini.

Sebagai seorang ketua kerajaan, semestinya beliau adalah seorang yang realistik dan relevan. Bermakna, jangkaan dan keyakinan beliau pasti ada sandarannya.

Lihat sahajalah negara sejak berada di bawah pemerintahannya. Boleh dikatakan, gelaran Bapa Transformasi adalah paling cocok untuk insan bernama Najib Razak ini. Ini kerana, PM yakin agenda transformasi yang beliau bawakan selama ini diterima baik oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Banyak program yang dilancarkan adalah khusus untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat. Bantuan berbentuk keewangan, peluang perniagaan, pendidikan dan banyak lagi dilaksanakan dibawah Government Transformation Program (GTP) dan Economic Transformation Program (ETP).

Ini adalah usaha dan buah fikiran PM bagi memastikan sosio ekonomi rakyat terjamin disamping menjaga kebajikan mereka.

Rata-rata rakyat bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan kerana dapat meringankan beban mereka untuk menampung kos hidup seharian. Ini sekali gus menunjukkan penerimaan rakyat kepada BN khususnya PM yang banyak berusaha untuk memajukan negara.

Jadi, tidak mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang kerana mereka berkhidmat untuk rakyat. Bukan PM je yakin, rakyat rasanya pun yakin dengan kepimpinan Najib. Jadi, apa-apa pun, buatlah keputusan dengan tepat. Bijak dalam memilih.

Selamat menunaikan tanggungjawab…

By cikzah

PASUKAN TRANSFORMASI BN HARAPAN RAKYAT.

image

Tiada siapa yang dapat memuaskan hati semua orang, itulah hakikat kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia yang waras dan matang. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang calon pilihanraya, di mana ia melibatkan hati rakyat keseluruhan, golongan majoriti, minoriti serta ahli-ahli politik sendiri.

Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan berpeluang membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak. Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri. Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan.

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan.

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu. Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan.

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib.

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi. Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian. Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada. Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi. Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN.

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan 33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional. Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas.

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati.

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka. Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini. Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi. Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan. Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian. Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik.

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar. Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara. Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan. Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.

By cikzah

BN MANIFESTO:BRIM WON’T RAISED OUR DEBT.

image

Most Malaysians believe that the cash aid assistance or BR1M is related to the General Election.

Even after Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razakannounced that it’s going to be given out annually and later during the launching of BN Manifesto, the amount will be gradually increased to RM1, 200, some still think it is just a vote buying strategy.

We don’t fault them for having such thinking. The truth is that it is more than just election strategy.

Let me explained to you why.

First, BR1M is actually part of our current government effort to restructure our way of managing our ballooning subsidies to the population at large.

BR1M was introduced as part of the effort to better managed our current subsidies between RM40-50 billion annually in order to make it more effective to help those needed the assistance.

Instead of giving out just a blanket subsidies such as huge petrol and gas subsidies, the government based on the recommendation by the international financial institution such as IMF has decided to reduce huge amount of subsidies by gradually shifting toward the direct cash assistance.

BR1M is a direct cash assistance to help those earning below RM2, 000 per month (single individual) or below RM3,000 per month (household monthly income).

The Malaysian government subsidizes and controls prices on a lot of essential items to keep the prices low, particularly the lower income group which formed majority of our population. Prices of items such as palm oil cooking oil, petrol, flour, bread, rice and other essentials have been kept under market prices to keep cost of living low.

Our annual total subsidies are around RM40-50 billion with half of its indirectly through PETRONAS.

According to latest IMF report, the numbers for Malaysiaare sobering – with pre-tax subsidies calculated at 1.88% of 2011 GDP which is a little higher than the regional average of 1%. Two thirds of that figure is from petrol subsidies alone.

Post-tax, which includes non-fiscal costs to the economy as well as taxes not collected, the measure leaps to 7.21% or nearly 4 times higher, again with more than two-thirds coming from petrol.

As example, in 2008, the government announced that it has spent RM40.1 billion in 2007 in subsidies to keep prices levelled. As of 2009, 22 % of government expenditures were subsidies, with petrol subsidies alone taking up 12 %.

What actually the current government (now caretaker government) trying to do is to adopt a new way of helping those in need — that is through direct cash assistance to the targeted group instead of blanket fuel subsidies at large amount which also benefit the rich as everybody buying petrol at the same subsidies price.

In the past, many economist and world economic institution has over the years cautioned us about this subsidies method. They have been talking about the need for us to overhaul our method of providing the assistance as giving such huge subsidies is just not sustainable.

Remember the famous statement from Minister in the Prime Minister Department Datuk Seri Idris Jala that our country can go bankrupt in less than 10 years if we didn’t restructure our current way of managing the subsidies?

Let’s took petrol as an example. The amount allocated for petrol subsidies is huge as the prices are beyond our control and very much depended on world market of oil prices.

Any responsible government has to find a way to tackle this. One of the methods is for us to adopt direct cash assistance, similar to the one being implemented by Singapore, Hong Kong and Macau.

For example, in Singapore such direct payment assistance is called “The Public Assistance scheme” as the government there didn’t provided any subsidies to maintain the essential goods and services at lower price.

About 2.1 million Singaporeans receiving benefits from the scheme with those with assessable incomes of $24,000 or less a year while those living in homes with an annual value of $20,000 or less get either $100 or $250 in cash monthly. The other direct cash assistance included Medisavetop-ups for about 85 % of all Singaporeans above 65 years old and utility rebates for some 800,000 HDB households.

However, we just can’t do it overnight. For example, any drastic reduction to our current fuel subsidies will greatly impact our population — as cost of living will go skyrocket after the prices of goods and services increased tremendously.

Remember what happen in 2007 when we suddenly raised fuel price 80 senper litre after the world fuel price hit a record high?

That explained why we need to do it gradually — which mean — reducing the amount that needed to subsidise our petrol over certain period of time.

Having learned from the past experiences and other countries, we has started restructured our fuel subsidies back in 2010. First step is when government implemented the dual price structure for fuel based on citizenship. Foreigners are expected to pay market price for fuel while citizens will have subsidy allocations based on engine capacity. The dual pricing structure began on May 1, 2010.

Later, another strategic item which is heavily subsidized, natural gas prices also being restructured, moves towards a market based approach. We started it first on the natural gas which is used in the industrial sector.

Gradually, the government is reducing the gas subsidy 5% to 10% per annum over 11 years, in which the gas price will reflect market price.

In transition to our effort gradually reducing our subsidies on fuel and gas, we introduced new method — that is through direct cash assistance which was branded as BR1M — 1.0 and later BR1M 2.0 — before being make it as permanent features.

As we slowly reducing our fuel and gas subsidies, the amount of BR1M will also being adjusted and would be increased gradually until it reached RM1,200 from current RM500.

We are actually learning from several countries by adopting this method of direct cash payment which is more effective instead of blanket subsidisingessential goods and services such as petrol and gas.

That’s why the current government’s effort is more sustainable before they can afford to give out BR1m up to RM1,200 as such allocation can be recovered through reduction in subsidies in some area — which mean we don’t need to borrow or increase our debt to make it work.

For example, we subsidised between RM15-20 billion annually on petrol prices. If we reduced the subsidies just by 5 billion, it is more than enough to cover the RM500 BR1M hand-out, which is only to cost about RM3.2 billion.

However, should we reduced the petrol price but at the same time provide direct cash assistance, there is no way we can afford it without resorting to the huge borrowing as we would be out balance. That’s why if Pakatan manifesto were to be adopted, our debt would easily go up as high as 11%, reaching as high as 65 % from current 53%.

By cikzah

PM WAJAR UMUM CALON LEBIH AWAL.

image

Penamaan Calon telah dijadualkan pada 20hb April dan pilihanraya pada 5hb Mei.

Walaupun tarikh ini baru saja diumumkan, pembangkang telah lebih awal lagi mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang mana menyaksikan perbalahan dan kecelaruan yang parah dalam pakatan itu.

Tentulah bohong jika dikatakan Barisan Nasional tidak turut mengalami demam pilihanraya tetapi, berbanding dengan pembangkang, BN nampaknya jauh lebih tenang dan menyerahkan bulat-bulat kepada kepimpinan dalam soal pencalonan.

Biarpun usaha untuk menonjolkan diri, membodek dan mencantas tetap wujud, tetapi sebagai sebuah parti yang rasional dan matang, semua pihak di dalam BN akur akan kedudukan, peranan dan keutamaan dalam memastikan kemenangan. Pendek kata, BN adalah parti yang berhemah dan professional serta ikhlas menjulang amalan demokrasi.

Perbezaan yang paling jelas antara BN dan PR dalam menghadapi pilihanraya ialah sikap kuku-besi yang langsung tidak wujud dalam diri pemimpin BN. Dato’ Seri Najib tidak pernah meminggirkan pandangan akar umbi atau mana-mana pihak jua, dalam menentukan calon. Justeru, tidak hairan beliau mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen, dan seterusnya mengumumkan nama calon.

Kita sedar bahawa bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi mahu tidak mahu, keputusan perlu dibuat dan satu pihak mungkin akan kecewa. Pun begitu, ia bukanlah alasan untuk penyokong-penyokong mengejek pilihan Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan oleh penyokong PR terhadap Anwar.

Selain itu, tiada ruang di dalam BN bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi atau bermuslihat mengumumkan nama orang lain selain dari yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi sepertimana yang belaku antara PKR dan PAS di Perlis.

Kita juga tidak mungkin menyaksikan PM selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO mengenepikan parti-parti komponen secara paksaan, kasar dan biadap sepertimana yang dilakukan oleh DAP di Johor.

Sebaliknya, semua permasalahan dibawa berunding bagi mencari penyelesaian paling praktikal dan tepat untuk kebaikan parti secara keseluruhan.

Ini mudah dilakukan oleh BN kerana semangat setiakawan di dalam BN adalah asli, ikhlas iaitu bukan lakonan atau kepura-puraan. BN tahu menghormati ketua dan sentiasa mengambil sikap beradab sopan. Kerana itu, tiada kecelaruan di dalam BN melainkan terus bergerak lancar menuju pilihanraya.

Meskipun mungkin ada beberapa perkara yang belum selesai, semua pihak cukup maklum bahawa ia pasti akan selesai sebaik saja penamaan calon.

Perlu difahamkan bahawa kelancaran gerak kerja ini bukan sahaja disebabkan BN cekap dan berpengalaman, tetapi yang lebih penting ialah sikap masing-masing di dalam parti yang mana tidak mampu disaingi oleh pakatan.

Dengan segala kekecohan dan kecelaruan yang berlaku, jalan PR untuk ke pilihanraya kelihatannya terlalu sukar, sekali gus menyebabkan jalan untuk ke Putrajaya menjadi semakin kabur bagi mereka.

Dalam keadaan ini, kita merasakan bahawa Perdana Menteri boleh saja mengumumkan nama-nama calon BN pada bila-bila masa. Kita pasti ia tidak akan membawa apa-apa kesan buruk kepada BN, sebaliknya akan membantu menyediakan jentera parti, dari segi mental dan fizikal dengan lebih awal

By cikzah