JIKA TUN MAHATHIR KE -2 TERKAYA DI DUNIA,ANWAR YANG PERTAMA.

image

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya. Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba. Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di ‘google search’ atau ‘yahoo search’, kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang. Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.

Pelik juga apabila maklumat mengenai kekayaan Tun Mahathir ini hanya tersebar selepas beliau bersara dan menjelang pilihanraya ke-13. Sedangkan, selama 22 tahun beliau memerintah dan beberapa tahun kemudiannya setelah bersara, tiada pun yang mengungkit perihal kononnya beliau begitu kaya? Dengan begitu ramai musuh dan begitu hebat sekali ‘korupsi’ beliau sepertimana yang dituduh pembangkang, kenapakah tiada usaha dari pembangkang untuk membawanya ke mahkamah? Jika pembangkang boleh melakukan cubaan untuk menyaman beliau atas tuduhan memfitnah Anwar, kenapa tidak boleh mendakwa beliau atas tuduhan korupsi?

Jika alasannya ialah mahkamah tidak adil dan berada di dalam kawalan Tun Mahathir, kenapakah Anwar lepas bebas?

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, sekiranya ingin memfitnah, sekurang-kurangnya, biarlah konsisten. Fitnah yang tidak konsisten mudah saja dikantoikan. Takkanlah dah terlalu banyak kali terkantoi pun masih belum belajar dari kesilapan lagi?

Mengikut senarai Forbes, orang yang ke-dua terkaya di dunia ialah Bill Gates dengan kekayaan berjumlah USD67billion. Tun Mahathir langsung tiada dalam senarai orang-orang kaya dunia.

Kehidupan Tun Mahathir juga membuktikan bahawa beliau tidaklah semewah mana. Tanpa gelaran Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Petronas, segala kemudahan yang dinikmatinya dari segi perjalanan dan lain-lain tentulah sukar baginya. Namun, tentulah bohong juga jika dikatakan Tun Mahathir miskin. Jika benar beliau miskin maka tentulah satu penangan yang memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur. Tentulah ada yang tidak kena dengan negara ini jika bekas Perdana Menteri yang begitu banyak berjasa, bertaraf negarawan dan berdiri sebaris dengan pemimpin dunia akhirnya hidup dalam kemiskinan setaraf rakyat biasa.

Tidak kira betapa kaya atau miskinnya Tun Mahathir, apa yang pasti ialah beliau belum mampu memiliki atau menyewa jet peribadi dan helikopter seperti Anwar Ibrahim sekadar untuk berkempen. Namun, bohong juga jika dikatakan beliau tidak mampu tinggal di hotel mewah di luar negara. Pun begitu, beliau tidaklah sehebat Anwar yang mampu melakukannya beratus kali setahun dengan wang sendiri.

Jangan lupa bahawa Anwar keluar negara selalunya bukan atas jemputan, tetapi atas inisiatif sendiri untuk memburukkan negara ini. Berbeza dengan Tun Mahathir di mana kebanyakan perjalanan beliau adalah atas jemputan dan segala kos yang terbabit ditanggung pihak yang menjemput.

Oleh itu, jika Tun Mahathir dikatakan ke-dua terkaya di dunia, di mana pula kedudukan Anwar? Lebih dari itu, di mana pula kedudukan Bill Gates? Atau Carlos Slim Helu, iaitu orang yang terkaya di dunia pada ketika ini mengikut senarai Forbes?

Apakah pembangkang cuba menyatakan bahawa ‘Forbes’ juga dikuasai oleh Tun Mahathir kerana tidak memaparkan senarai sebenar?

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s