KEKAYAAN LUAR BIASA ANWAR SEPANJANG PRU-13.

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s