97% PENGUNDI CINA TOLAK BN.

image

Pilihanraya ke-13 bolehlah dikatakan sebagai Pilihanraya Paling Rasis di Dunia. Ini kerana kesimpulan yang didapati daripada analisis keputusan pilihanraya, sebanyak 97% pengundi Cina memilih untuk mengundi parti yang didominasi oleh Cina iaitu DAP.

Walaupun DAP dikatakan sebagai parti berbagai kaum sama seperti sekutunya PKR, dan hanya PAS yang diwakili oleh 100% Melayu Islam, tetapi, nampaknya pengundi Cina hanya memberi undi kepada DAP. Hanya di dalam keadaan tidak ada pilihan sahaja maka pengundi Cina akan memberi undi kepada PKR, terutama jika calonnya Cina, tetapi tidak sekali-kali kepada PAS.

Maka, secara ringkasnya, pengundi Cina mengundi atas dasar; 1. parti dominasi Cina dan 2. bangsa Cina.

MCA dan Gerakan iaitu parti kaum Cina dari komponen BN juga ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina kerana dikira sebagai diterajui oleh bukan Cina. MCA hanya mampu mendapat 7 daripada 37 kerusi parlimen yang ditandingi. Manakala Gerakan hanya mampu mendapat 1 kerusi. Berbanding PRU-12 di mana MCA berjaya memenangi 15 kerusi dan Gerakan 2.

Sedangkan sokongan terhadap komponen utama BN yang lain seperti UMNO, malah MIC juga meningkat iaitu masing-masing sebanyak 11% (88 kerusi) dan 25% (4 kerusi). Jelas di sini bahawa hampir keseluruhan kaum Cina telah bersatu hati menolak BN.

Sebenarnya, apa yang berlaku ini tidaklah mengejutkan jika dilihat dari cara MCA mahupun Gerakan bekerja. Sejak awal lagi, kedua-dua parti ini tidak bersemangat malah ‘malu-malu’ untuk bekerja serta tidak tahan dengan tekanan dari puak kiasu, rasis dan chauvinis ektremis Cina yang menguasai DAP.

MCA terutamanya, ditekan hebat agar memilih antara setiakawan dengan Barisan Nasional atau semangat perkauman Cina; sekali gus memilih antara nasionalisme dan patriotisme terhadap negara ini dengan ‘keuntungan maksima’ bagi kaum Cina.

Mengimbas asal kewujudan MCA dahulunya, parti ini membawa semangat murni Tun Tan Cheng Lock yang sama-sama mendukung aspirasi dan impian yang sama dengan UMNO serta MIC, iaitu ke arah bangsa Malaysia yang bersatu hati. Para bijakpandai kaum Cina pada ketika itu cukup memahami bahawa sepertimana pendatang di negara-negara lain, tidak boleh tidak, mereka perlu mengasimilasi dengan kaum bumiputera negara ini dan tidak boleh terus mengasingkan diri. Para pendatang wajib memahami bahawa mereka kini berada di negara asing, bukan lagi negara nenek moyang mereka serta perlu menerima serta menghayati ‘roh’ negara ini sebagai menghargai kewarganegaraan yang mereka perolehi.

Atas kefahaman inilah maka, Parti Perikatan dilahirkan yang berkongsi harapan yang sama iaitu agar suatu hari nanti, kita semua akan menjadi ‘bangsa Malaysia’ yang sebenar-benarnya serta ‘melupakan’ soal perbezaan kaum.

Namun, harapan itu kini musnah apabila MCA juga mula mengikut jejak DAP. MCA sekarang bukan lagi MCA dahulu sedangkan DAP tetap DAP yang sama. Semangat perkauman dan idea pengasingan yang dipegang oleh DAP terus hidup dan berkembang segar serta semakin kuat sedangkan semangat nasionalisme, patriotisme serta muhibbah MCA semakin lama semakin terhakis.

Biar betapa pun kepimpinan UMNO enggan mengakuinya bagi menjaga hati kaum Cina, tetapi jika benar-benar serius ingin menangani masalah penolakan kaum Cina terhadap BN, maka semua pihak wajib berkata benar iaitu semangat yang murni yang dahulunya dimiliki oleh MCA itu telah dihakiskan oleh Sekolah-sekolah vernakular.

Manusia secara semulajadinya akan lebih memahami sesama sendiri jika bergaul dari kecil, iaitu dalam usia naïf. Apabila kita dipaksa untuk bergaul bermula dari peringkat Universiti atau alam pekerjaan, maka penerimaan terhadap satu sama lain tentunya menjadi kekok dan hambar.

Jangan pula kita pura-pura tidak tahu bahawa wujudnya guru-guru di sekolah Cina yang gemar meniupkan api perkauman, menghasut bangsanya agar menjadi bongkak serta memandang rendah dan hina pada kaum lain. Dan jangan sekali-kali menafikan bahawa akhbar-akhbar Cina juga bertanggungjawab membentuk generasi baru Cina yang turut berkongsi aspirasi tidak sihat yang dibawa oleh DAP.

Atas semua faktor inilah maka segala impian murni para pemimpin Perikatan suatu ketika dahulu untuk melihat satu bangsa Malaysia wujud dalam ertikata sebenar, iaitu tidak hipokrit dan tidak bersifat ‘solekan’ politik, kini merupakan sesuatu yang MUSTAHIL. Selagi tiada tindakan diambil untuk menyekat puncanya selagi itulah kaum Cina akan terus dengan sikap perkauman mereka, malah akan pasti semakin kuat dan berakar umbi.

Sudah terserlah kini bahawa tujuan atau matlamat parti-parti politik Cina hanyalah ‘keuntungan maksima’ bagi kaum mereka. Sehubungan dengan itu, ia juga membawa makna melemahkan kerajaan pimpinan Melayu.

Strategi mereka ialah untuk meletakkan seorang Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri, kalau pun bukan Perdana Menteri. Bagi mereka, ini hanya boleh dicapai jika Pakatan Rakyat memerintah. Walaupun begitu, oleh kerana sifat rasis yang terlalu tegar ditambah dengan ketidakpercayaan terhadap PAS dan PKR yang terkenal dengan U-turn dan putarbelit, maka undi terhadap PR masih lagi tidak mampu menyaingi BN.

Hakikatnya, kaum Cina sudahpun memiliki 80% dari ‘Malaysia’ sehingga mereka telah merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kerajaan untuk membantu mereka.

Oleh itu, dengan sokongan kaum Cina yang hanya tinggal 3% terhadap BN, untuk apa lagi kepimpinan negara terlalu ‘memberi’ kepada kaum itu. Apa yang kepimpinan perlu lakukan sekarang ialah mengukuhkan lagi kawalan terhadap 20% yang tinggal untuk menjana kepentingan kaum-kaum lain.

By cikzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s